Refleksi Kemahiran Berfikir

Only available on StudyMode
  • Pages : 1 (256 words )
  • Download(s) : 566
  • Published : April 13, 2011
Open Document
Text Preview
Refleksi

Kami telah menerima tugasan ini daripada pensyarah kami iaitu Puan Nor Haizan pada beberapa minggu yang lalu. Tugasan ini bertema kemahiran berfikir. Disebabkan tarikh hantar untuk tugasan ini sangat dekat, maka kami pun mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya dengan secepat mungkin. Saya telah menghadapi masalah ketika saya ingin memulakan tugasan ini. Hal ini kerana informasi untuk tajuk tugasan kami susah didapati dalam internet dan pusat sumber. Pada masa itu, masalah tersebut telah menyedarkan saya bahawa rupa-rupanya tugasan ini adalah nampak senang di luaran, tetapi amat sukar dibuat ketika ingin menyelesaikan. Tanpa membazirkan masa, saya pun memulakan tugasan ini dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh. Selain itu, tugasan ini telah banyak memberikan manfaat kepada saya setelah kami berjaya menyiapkannya. Salah satu daripadanya adalah tugasan ini membuatkan saya lebih mendekati dan memahami tentang kemahiran berfikir. Saya mendapati bahawa sekiranya kita dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam kehidupan kita, kita dapat mengelakkan diri daripada membuat keputusan yang salah dan dapat melaksanakan banyak tugas dengan lebih tepat dan cepat. Justeru, saya juga telah menyedari bahawa sikap kerjasama adalah amat penting ketika ingin melakukan sesuatu secara berkumpulan. Bah kata pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Saya berasa kami tidak mungkin dapat mengkaji serta menghasilkan tugasan ini dalam masa yang singkat dan berjaya sekiranya tanpa kerjasama daripada semua ahli kumpulan. Secara kesimpulannya, tugasan ini amat mencabar kami disebabkan informasinya yang terhad. Walaubagaimanpun, kita sempat menyiapkan semua tugasan dalam masa yang terhad ini kerana adanya kebimbingan pensyarah kami yang bersungguh-sungguh. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Nor Haizan.
tracking img