Sk Lotong, Kudat

Only available on StudyMode
  • Pages : 2 (369 words )
  • Download(s) : 226
  • Published : April 15, 2011
Open Document
Text Preview
Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Lotong Kudat telah dibina pada penghujung tahun 1974. Sekolah ini telah memulakan pembelajarannya pada bulan Januari 1975. Pada tahun petama pembukaan sekolah ini hanya mempunyai 23 orang murid dan tiga orang guru. Sebilangan muridnya sudah berumur antara 13 hingga 15 tahun. Menurut En. Adang bin Basi, salah seorang pemimpin kanan di Kg. Lotong, Kudat sekolah ini pada asalnya akan dibina di Kg. Togumamal, Kudat. Tetapi memandangkan penduduk Kg. Togumamal belum bersedia pada ketika itu, KK Aduan bin Mangatang, Ketua Kampung, Kg. Membatu telah mengambil peluang ini untuk memohon kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kudat supaya sekolah ini dibina di kampungnya. Permohonan ini telah diterima. . Bahan binaan sekolah ini telah dihantar melalui laut di Pengkalan Liwatan. Penduduk kampung telah bergotong-royong mengangkat bahan-bahan binaan ini ke tapak pembinaan. Setelah siap sekolah ini dinamakan SK Lotong, Kudat. Padan mulanya sekolah ini hanya mengandungi satu blok bangunan sahaja yang menempatkan tiga buah bilik darjah, sebuah bilik guru, pejabat pentadbiran dan sebuah rumah guru. Pada tahun 1986 bangunan sekolah telah ditambah satu blok lagi yang memuatkan tiga buah bilik darjah dan sebuah bilik kecil yang telah dijadikan Pusat Sumber. Sebuah lagi rumah guru telah dibina. Pada masa ini Sekolah Kebangsaan Lotong, Kudat mengandungi dua blok bangunan yang menempatkan enam bilik darjah, bilik guru, pejabat pentadbiran dan pusat Sumber. Bangunan-bangunan tambahan seperti Prasekolah dan Makmal Komputer juga telah dibina. Prasekolah telah memulakan pembelajarannya pada Januari 2009. Manakala makmal komputer sedang dalam pembinaan. Bilangan guru dan murid bertambah dari tahun ke tahun. Oleh itu prasarana sekolah tidak lagi dapat memenuhi keperluan guru dan murid. Untuk mengatasi masalah tempat tinggal guru, beberapa orang guru terutamanya yang sudah berkeluarga dan sama-sama mengajar di sekolah ini telah membina rumah sendiri di kawasan...
tracking img