Page 1 of 2

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya'

Continues for 1 more pages »
Read full document

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya'

  • By
  • August 14, 2008
  • 507 Words
  • 5249 Views
Page 1 of 2
Dalam bahasa Melayu terdapat pelbagai peribahasa yang sering digunakan sebagai panduan dalam menangani sesuatu perkara. Antaranya ialah, Melentur buluh biarlah daripada rebungnya'.

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai peribahasa yang tersendiri. Setiap peribahasa itu mempunyai maksud dan tujuan yang tertentu. Pada zaman dahulu kala, pendidikan rasmi tidak wujud. Oleh itu, peribahasa dicipta untuk memberi nasihat, panduan atau ingatan kepada masyarakat.

Peribahasa 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya' bermakna kalau hendak mendidik anak-anak supaya menjadi baik, maka perlulah diberikan didikan semenjak kecil, sebelum sebelum mereka dipengaruhi oleh perkara-perkara yg tidak baik. Ia mengingatkan ibu bapa, guru-guru sebagai teladan kepada golongan muda hendaklah mengasuh dan mendidik anak-anak muda dengan baik. Kebenarannya memang nyata sekali, kerana kelakuan ibu bapa dan guru-guru senang mempengaruhi tingkah laku golongan muda. Jadi, pendidikan akhlak adalah sangat penting dalam usaha memupuk nilai-nilai yang baik pada seseorang.

Seperti yang kita tahu, buluh adalah tumbuhan yang batangnya keras dan sukar atau tidak mungkin dilengkung atau dibengkok. Hanya anak buluh yang masih kecil dapat dilentur. Jadi, jika kita hendak melentur buluh, hendaklah dibuat semasa buluh masih muda kerana anak buluh masih lembut dan boleh dilengkung atau dibengkok. Jika kita melentur buluh yang keras , perbuatan ini akan menjadi sia-sia sahaja. Walaupun kita dapat melentur buluh yang keras, buluh itu akan kembali ke bentuk asalnya dalam masa yang singkat, kita juga akan mematahkan buluh jika tidak berhati-hati.

Peribahasa ini amat sesuai dijadikan sebagai suatu panduan kepada golongan ibu bapa dan para pemimpin. Sebagai contoh, kita perlu memberi perhatian terhadap keruntuhan akhlak dan kejatuhan nilai moral di kalangan angkatan baru. Pelbagai lagak laku yang tidak menyenangkan telah dilakukan oleh golongan belia yang dirasai telah melanggar batas tatasusila...