Read full document

Kemasukan Imigran

  • By
  • Jan. 6, 2010
  • 1548 Words
  • 1977 Views
Page 1 of 7
MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA
Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. Kedatangan Imigran Cina ke Tanah Melayu
1. Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang. 2. Faktor ekonomi merupakan pendorong utama kemasukkan imigran ditambah lagi dengan pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran. 3. Kemasukan imigran ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor penolak iaitu yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara masing-masing seperti peperangan, kebuluran dan lain-lain. 4. Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran ini berhijrah ke Tanah Melayu. 5. Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum imigran ini. 6. Imigran China dan India telah lama mengenali Tanah Melayu sebagai salah satu pusat perdagangan yang penting suatu masa dahulu, ini telah mendorong mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu. 7. Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang sedang pesat membangun melalui perusahaan Getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang pekerjaan. 8. Politik di Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah British, dan ini telah menarik lebih ramai golongan pemodal dan imigran asing ke Tanah Melayu Kedatangan Buruh Cina

1. Kedatangan Buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yangkebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. 2. Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi. 1. Ramai dikalangan imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui sistem tiket Kredit. 2. Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau ( Ketua ), orang yang bertanggunjawab...