Alat Muzik Trdisional

Only available on StudyMode
  • Pages : 2 (536 words )
  • Download(s) : 800
  • Published : October 12, 2010
Open Document
Text Preview
Sapeh

Bunyi Alat Muzik

Pengenalan

Sape adalah sejenis gitar tradisional masyarakat Orang Ulu atau penduduk hulu sungai di Sarawak. Alat muzik ini, yang dihias indah dengan pelbagai corak ukiran yang berwarna warni, diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk. Alat muzik ini, yang dahulunya dimainkan seorang diri sebagai hiburan, kini telah menjadi sebuah alat muzik sosial. Lazimnya, sape dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi mengiringi tarian seperti Ngajat dan Datun Julud. Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. Sape diukir daripada sebatang blok kayu dengan menggunakan instrumen moden dan panjangnya boleh mencecah sehingga hampir satu meter. Pada mulanya sape adalah alat muzik yang agak terhad fungsinya kerana sifathya yang mempunyai dua tali dan dengan hanya tiga fret. Penggunaannya adalah terhad untuk majlis khas ritual sebagai muzik yang mampu membuat seolah seseorang itu dipukau atau tidak sedar diri. Bagaimanapun, kini pada zaman ini, sape secara berperingkat menjadi instrumen sosial untuk mengiringi penari atau juga sebagai satu bentuk hiburan. Hari ini, instrument tiga, empat dan lima tali digunakan, dengan laras nada melebihi tiga octaves. Secara teknikalnya, sape secara relatif adalah instrumen muzik yang sangat ringkas, hanya satu tali mengalunkan melodi dan tali selebihnya sebagai pendukung ritma. Secara praktikalnya, muzik yang dihasilkan sape adalah agak kompleks, ia perlu didatangkan dengan banyak hiasan dan variasi yang bertema. Terdapat dua kaedah yang biasa di mainkan, satu untuk tarian khusus bagi kaum lelaki di rumah panjang dan satu lagi ialah untuk tarian kaum wanita. Muzik sape biasanya diinspirasikan menerusi mimpi dan terdapat lebih 35 gubahan tradisional yang pelbagai. Secara keseluruhan,...
tracking img