Zaman Taqliq

Only available on StudyMode
  • Pages : 5 (664 words )
  • Download(s) : 453
  • Published : January 17, 2010
Open Document
Text Preview
Zaman Taqlid

1. taqlid telah merebak ke seluruh masyarakat Islam mulai dari pertengahan abad ke empat hijrah yang dikenali sebagai zaman taqlid atau zaman kebekuan dan kebantutan. Huraikan sebab-sebab yang menimbulkan kecenderungan bertaqlid di kalangan umat Islam pada zaman tersebut

= pada zaman itu, ada empat faktor yang menyebabkan berhentinya kegiatan ijtihad. Yang pertama ialah perpecahan negara Islam kepada berbagai-bagai pemerintahan yang saling berperang diantara satu sama lain. Perpecahan ini telah menyebabkan pemerintah Islam hanya sibuk dengan peperangan, rusuhan dan pertahanan diri dari segala tipu daya dan memikirkan ikhtiar-ikhtiar untuk mencapai kemenangan. Akibatnya, umat Islam mengalami kelemahan dan semangat kecintaan mereka kepada ilmu pengetahuan dan akhirnya kelemahan itu telah berkesan melumpuhkan kegiatan perundangan.

Faktor kedua ialah setelah imam-imam mujtahid di zaman ketiga (zaman pembukuan dan imam mujtahid) berpecah kepada berbagai-bagai golongan masing-masing mempunyai faham perundangan tersendiri dan masing-masing membawa aliran dan cara yang tersendiri dan pengikut golongan itu berusaha sedaya upaya meninggikan mazhab masing-masing. Dalam fikiran seperti ini, leburlah keperibadian seorang ulama’ di dalam golongan puaknya dan terbunuhlah jiwa kebebasan akal fikiran mereka yang menyebabkan ulama-ulama menjadi orang kebanyakkan iaitu muqallid.

Faktor ketiga ialah umat Islam cuai mengatur dan menyusun kuatkuasa perundangan Islam dan tidak mengadakan sesuatu peraturan kemas yang boleh mencegah orang-orang yang tidak berkelayakan dari memasuki lapangan ijtihad. Maka pihak-pihak yang berkuasa pun mengeluarkan perintah menutup pintu ijtihad dan memaksa mufti-mufti dan kadi-kadi mengikut hukum imam-imam terdahulu sahaja.

Faktor keempat ialah para ulama telah diserang penyakit keruntuhan akhlak yang menghalangi mereka dari meningkat ke taraf mujtahid. Mereka menjalankan propaganda bagi memburukkan dan menjatuhkan nama orang yang cuba berijtihad. Ini menyebabkan ulama yang berusaha tadi mengisytiharkan dirinya sebagai muqallid (orang yang bertaqlid pada orang lain) sahaja. Dengan sikap ini, pupuslah kebijaksanaan dan kepintaran dan lemahlah kepercayaan ulama’ kepada diri sendiri dan seterusnya kekallah mereka menumpukan pegangan kepada mazhab imam-imam yang lalu. Posted by Han at 2:33 AM

Labels: Sejarah Perundangan Islam
0 comments:
Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom) About Me

Han
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Blog ini adalah semata-mata untuk menambah ilmu pengetahuan, bukan sahaja dari segi ugama, bahkan dari semua aspek kehidupan.. Maafkan saya jika ada tersalah informasi.. Segala Yang Baik datang Daripada Allah Dan Yang Tidak Baik Adalah Kelalaian Dari Saya Sendiri. Contact me: han30391@gmail.com View my complete profile

Sejarah Perundangan Islam
Istilah Perundangan, Beza Undang-Undang Ciptaan Illahi dan Ciptaan Manusia Peringkat dan Dasar Perundangan
Peringkat Rasulullah
Zaman Sahabat
Sahabat-Sahabat Agung
Zaman Pembukuan dan Imam Mujtahidin
Zaman Taqlid - Questions and Anwers.
Taqlid - Ustaz's Notes.
Usul Fiqh
Sejarah Pertumbuhan, Perkembangan dan Kepentingan
Hukum Syara', Hukum Takhlifi, Hukum Wadhaie, Azimah, Rukhsah. Sumber Hukum Yang Disepakati Ulama' (Al-Quran, Hadith, Ijma' dan Qiyas) Manthuq Dan Mafhum
Bahasa Melayu - Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden
Balai Pustaka
Pejabat Karang Mengarang
Angkatan Pujangga Baru
Angkatan 45
ASAS 50
Cerpen Melayu
Harun Aminurasyid
Labels
Pengetahuan Tambahan (14)
Bahasa Melayu (11)
Sejarah Perundangan Islam (8)
Secuit Rasa (5)
My Collection (4)
My Message (4)
Usul Fiqh (4)
Macam-macam kuu (3)
Munakahat (3)
Atheis (2)
Message (2)
ayat kursi (2)
ibu (2)
786 (1)
Hasan (1)
Islam (1)
Kisah brunei (1)
Klasik (1)
Mayat (1)
Muamalat (1)
Quran (1)
azab (1)
bismillah (1)
cellphone (1)...
tracking img