Orang Asli

Only available on StudyMode
  • Pages : 2 (419 words )
  • Download(s) : 3502
  • Published : August 8, 2008
Open Document
Text Preview
Pendahuluan

Orang asli atau penduduk peribumi tidak mempunyai takrifan yang sejagat, piawai atau tetap, tetapi biasanya merujuk kepada masyarakat peribumi asal yang terdapat dalam sesuatu negara, negeri, daerah ataupun tempat. Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia dan adalah penduduk pri bumi negara ini. Orang Asli merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. Secara rasminya masyarakat Orang asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan kepada enam suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil.

Negrito

Orang Negrito merupakan penduduk yang paling awal di Kepulauan Melayu dan merupakan salah satu kaum Orang Asli di Malaysia. Mereka dipercayai hadir di rantau nusantara sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

Di Kedah dan Perak, mereka dikenali sebagai orang-orang Semang dan di Kelantan sebagai orang-orang Pangan. Orang-orang Negrito mempunyai tubuh badan yang kecil dan berambut kerinting.Orang-orang Negrito juga terdapat di Filipina, dan Australia. Orang-orang Negrito yang terdapat di Filipina dikenali sebagai Aetas, dan mereka yang terdapat di Australia dikenali sebagai Orang Hitam.

Orang-orang Senoi di Malaysia, mendiami lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman Negeri Perak, Kelantan dan Pahang, dan merupakan salah satu kaum Orang Asli di Malaysia. Terdapat 6 suku kaum di dalam rumpun bangsa Senoi iaitu Che Wong, Mahmeri, Jah Hut, Semoq Beri, Semai dan Temiar.

Senoi

Orang-orang Senoi merupakan orang pemburu dan pengumpul yang dilaporkan menggunakan mimpi jelas bagi memastikan mereka kekal gembira dan kesihatan mental. Lapuran kajian lapangan yang dilakukan oleh...
tracking img