Hubungan Etnik

Only available on StudyMode
  • Pages : 25 (5653 words )
  • Download(s) : 1250
  • Published : October 18, 2010
Open Document
Text Preview
HUBUNGAN ETNIK

PERKEMBANGAN POLITIK SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA MEMPENGARUHI PERJUANGAN KEMERDEKAAN DI TANAH MELAYU

PENGENALAN Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) iaitu lebih kurang 3 tahun 8 bulan telah menggalakkan kemunculan dan kemajuan semangat kebangsaan di negara ini. Kesedaran anti penjajahan yang tersebar selepas perang dunia kedua telah melahirkan nasionalis golongan Melayu membabitkan diri dalam politik, sama ada dalam pendekatan yang radikal atau sedehana. Pengalaman menjawat jawatan kanan seperti pegawai daerah serta pelbagai tekanan ekonomi di zaman Jepun ini telah menimbulkan rasa kendiri dalam diri orang Melayu itu untuk memerintah negara sendiri. Pada zaman ini juga wujud permusuhan kaum. Pertelagahan berlaku antara kaum Melayu dan Cina yang akhirnya membentuk penubuhan parti- parti politik mengikut kaum yang mendukung penubuhannya. Kekalahan Jepun menyemarakkan lagi pihak kolonial British untuk menghidupkan gagasan Malayan Union yang pernah difikir semasa perang berlangsung lagi. Pelaksanaan ini merupakan

1

HUBUNGAN ETNIK

faktor penting dalam sejarah Malaysia kerana ia telah menghidupkan dan memarakkan semangat orang Melayu. Yang paling penting ia telah memulakan gerakan politik anti British dengan cara terbuka. Malah merupakan bibit-bibit permulaan perpaduan orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan. Perjuangan ini bertambah pesat ekoran terlaksananya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Darurat yang berlangsung selama 13 tahun itu telah mempercepatkan lagi proses kemerdekaan Tanah melayu. Hinggalah tahun 1955 iaitu apabila pilihanraya Persekutuan/umum diadakan, politik Tanah Melayu mengalami perubahan drastik ekoran

pendudukan Jepun. Jelas dilihat selepas perang Dunia ke-2. British terpaksa rela menyediakan dan melatih serta membimbing anak-anak Melayu tempatan menerajui negara. SISTEM POLITIK NEGARA MALAYSIA Parti- parti politik di negara ini mempunyai asal usul dan bertitik tolak daripada konflik perkauman. Orang- orang melayu bersatu padu untuk membentuk UMNO sebagai sebuah benteng pertahanan terhadap ancaman hah- hak orang Melayu Oleh Malayan Union pada tahun 1946. Orang- orang Cina telah memberi reaksi terhadap perjanjian MelayuInggeris 1947 dan langkah drastik yang telah di ambil terhadap setinggan Cina pada zaman darurat telah menyebabkan orang- orang

2

HUBUNGAN ETNIK

Cina telah mewujudkan MCA untuk menjaga kepentingan dan memberi perlindungan kepada orang Cina. Berlainan pula dengan masyarakat India, golongan atasan india tidak mempunyai keupayaan untuk mewujudkan sebuah parti politik yang stabil dan efektif. Pucuk pimpinan golongan India yang bekerja telah di ambil alih oleh Kesatuan- kesatuan Sekerja. Kesatuan ini sebenarnya bertujuan untuk menumpukan perhatian terhadap matlamat yang berkaiatan dengan ekonomi iaitu persoalan tentang kenaikan gaji dan isu- isu lain, tetapi tidak dalam bidang politik dan isu perkauman. (Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan untuk Peperiksaan Am Kerajaan, 2003) MALAYAN UNION 1946 Malayan Union telah diperkenalkan oleh Parti Buruh Britain beberapa bulan selepas British menduduki semula Tanah Melayu. Bagi British, Malayan Union adalah satu langkah pentadbiran dan politik yang sangat maju. (Ramlah, 1993). Dikatakan pelaksanaan Malayan Union pada April 1946 di Tanah Melayu telah menyemarakkan semangat nasionalisme penduduk tempatan khususnya orang-orang Melayu. Mereka merasakan adat dan tradisi tercabar, Malayan Union secara drastik menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada negeri-negeri naungan British kepada jajahan langsung British, menghapuskan hak istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dengan memperkenalkan

3

HUBUNGAN ETNIK

konsep kerakyatan 'jus soli' iaitu kewarganegaraan diberikan kepada semua orang asing yang dilahirkan di tanah Melayu serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas daan telah bermastautin selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 februari 1942, serta menghapuskan kedaulatan...
tracking img