Assingment Komunikasi Khalayak

Only available on StudyMode
  • Pages: 7 (1131 words)
  • Download(s): 1997
  • Published: April 19, 2011
Open Document
Text Preview
DEFINISI KOMUNIKASI

Komunikasi merupakan aktiviti keperluan bagi setiap individu, kerana ia berlaku setiap hari. Komunikasi adalah proses berterusan yang melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerima dan ada maklum balas di antara kedua-duanya (Abram, 1986 ). Selain itu komunikasi juga merupakan sesuatu mesej daripada penyampai kemudian dipindahkan menerusi alat atau saluran khas kepada penerima yang kemudiannya memberi maklum balas terhadap mesej tersebut yang mengembalikan isyaratedalam bentuk yang sama ada mesej tersebut difahami atau tidak difahami (Sulaiman Md Yasin, 2002).

KONSEP KOMUNIKASI KHALAYAK

Komunikas terbahagi kepada dua bentuk iaitu komunikasi intrapersonal dan komunikasi interpersonal. Komunikasi intrapersonal satu bentuk komunikasi yang berlaku apabila individu terbabit bermonolog dengan diri sendiri. Komunikasi interpersonal pula merupakan satu bentuk komunikasi yang melibatkan beberapa beberapa individu yang teerdiri daripada penyampai dan khalayak.. Komunikasi interpersonal juga mempunyai mesej tertentu semasa proses ini berjalan. Komunikasi khalayak merupakan satu bentuk komunikasi yang melibatkan komunikasi interpersonal. Komunikasi khalayak terbahagi kepada 2 jenis iaitu, komunikasi khalayak umum dan komunikasi khalayak khusus. Komunikasi khalayak umum ialah satu bentuk komunikasi yang melibatkan mereka yang menjadi sasaran umum sumber komunikasi. Komunikasi khalayak khusus pula melibatkan individu atau kelompok masyarakat yang tertentu sahaja. Individu terbabit mempunyai dan dipengaruhi minat yang tertentu.sahaja.

MATLAMAT KOMUNIKASI KHALAYAK

Setiap aktiviti komunikasi khalayak yang disampaikan oleh penyampai mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Antara matlamatnya ialah, memberi pemahaman kepada khalayak. Penyampai memainkan peranan penting dalam proses ini . Keadaan ini perlu supaya penerima memahami apa yang disampaikan serta memberi manfaat kepada penerima. Selain itu bertukar-tukar fikiran dengan khalayak merupakan matlamat komunikasi khalayak dijalankan. Penyampai yang baik akan meyampaikan mesejnya kepada penerima dan bertukar-tukar fikiran supaya wujud hubungan dua hala dan dapat memberi penerangan yang lebih berkesan kepada khalayak. Penyampai juga perlulah bijak membuat analisa terhadap respon yang diberikan oleh khalayak sama ada dalam bentuk lisan atau pun tanpa lisan. Oleh itu , situasi ini akan memudahkan penyampai bertindak balas terhadap maklum balas khalayak. Matlamat komunikasi khalayak juga antara lainnya adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak khalayak. Setiap penyampai perlu membuat perancangan yang teliti dengan menyusun penyampaian ucapan berdasarkan keperluan khalayak. PANDUAN PENYEDIAAN DAN PENYAMPAIAN

KOMUNIKASI KHALAYAK

[pic]
PIDATO

Pidato merupakan antara salah satu komunikasi yang berbentuk kominikasi khalayak. Pidato merupakan satu bentuk komunikasi khalayak dan masa penyampaiannya ditentukan. Pidato bertujuan untuk memberi penerangan kepada khalayak dengan menjelaskan aspek penting berdasarkan tajuk yang berkaitan. Melalui pidato juga perkara-perkara yang baru akan dikemukakan oleh pemidato. Selain itu, pidato juga disampaikan untuk menyakinkan penerima dengan memberi justifikasi serta fakta-fakta sokngan. Melalui pidato juga penerima atau khalayak akan terkesan dengan bertindak dan berubah fikiran terhadap sesuatu pendirian. Situasi ini berlaku kerana pemidato akan meggunakan kaedah pemujukan dalam penyampaian pidatonya. Seterusnya kita akan melihat cara pidato disampaikan melalui formatnya.

FORMAT PIDATO

Format pidato terdiri daripada 6bahagian-bahagian penting, iaitu :- 1- Salutasi
2- Pembuka kata
3- Permulaan isi
4- Isi utama
5- Kesimpulan kepada isi
6- Penutup pidato

SALUTASI
Salutasi merupakan permulaan kepada pidato dan merupakan bahagian awal kepada sesuatu pidato. Ia dimulakan dengan memberi salam dan...
tracking img