Gempa Bumi

Only available on StudyMode
  • Pages : 6 (1700 words )
  • Download(s) : 261
  • Published : April 11, 2011
Open Document
Text Preview
Gempa bumi Haiti 2010 ialah sebuah malapetaka gempa bumi bermagnitud 7.0 Mw yang berpunca dari pusat gempa berhampiran Léogâne, kira-kira 25 km (16 batu) di barat Port-au-Prince, ibu negara Haiti. Gempa bumi ini melanda pada pukul 16:53 waktu tempatan (21:53 UTC) pada 12 Januari 2010,[2][3] sedalam 13 km (8.1 batu). Pemantauan Geologi Amerika Syarikat mencatat berlakunya sebanyak 33 gegar penghujung, 14 daripadanya antara magnitud 5.0 hingga 5.9.[4] Persatuan Palang Merah Antarabangsa menganggarkan lebih kurang tiga juta orang terjejas oleh gempa bumi ini;[5] Menteri Dalam Negeri Haiti Paul Antoine Bien-Aimé, kemudian pada 15 Januari menjangka bahawa bencana ini mungkin meragut sebanyak 100,000 hingga 200,000 nyawa.[6] Pada 10 Februari pula, kerajaan Haiti mengumumkan bahawa seramai 230,000 orang telah disahkan meninggal manakala 300,000 lagi cedera.[1] Mereka juga menganggarkan 250,000 rumah dan 30,000 bangunan komersil telah runtuh atau rosak teruk.[7] Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan teruk di Port-au-Prince dan kawasan sekelilingnya. Banyak binaan mercu tanda terkemuka yang begitu dahsyat dirosakkan atau dibinasakan, termasuk Istana Presiden (tetapi Presiden René Préval terselamat), bangunan Dewan Kebangsaan, Gereja Besar Port-au-Prince, dan bangunan penjara utama.[8] Ibu pejabat Misi Penstabilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Haiti (MINUSTAH) yang terletak di ibu negara, turut runtuh dan Ketua Misi Hédi Annabi, timbalannya Luiz Carlos da Costa, dan pemangku pesuruhjaya polis disahkan terkorban.[9][10] Titik gempa

Gempa terjadi di pedalaman, pada 12 Januari 2010, lebih kurang 25 kilometer (16 bt) barat-barat daya dari Port-au-Princedengan titik kedalaman 13 kilometer (8.1 bt) pada jam 16:53 UTC-5.[2], terletak di Enriquillo-Plaintain Garden. Gempa turut dirasakan di Teluk Guantanamo, pulau Cuba, di Kingston, Jamaica, di Caracas, Venezuela dan di Santo Domingo, Republik Dominican. Dianggarkan 3 juta penduduk akan terjejas. Gempa sebesar ini pernah menghentam Haiti pada tahun 1751. MSNBC.com dan NBC News melaporkan Marano Kristin, ahli geofizik USGS menyebutnya sebagai gempa terkuat sejak 1770 di Haiti. Pada 1946, gempa berkekuatan 8.1 menghentam Republik Dominican dan Haiti yang menyebabkan tsunami dan menyebabkan 1,790 orang terbunuh. Pusat Amaran Tsunami Pasifik meramalkan tsunami akan terjadi[11] tetapi kemudian membatalkannya.[12] Akibat

Wartawan televisyen Haiti, "Haitipal" melaporkan bahawa Istana Presiden Haiti, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja raya, Kementerian Komunikasi dan budaya, Istana Keadilan, Sekolah Muzik, dan Cathedral Port-au-Prince telah runtuh. Hospital turut dilaporkan telah runtuh. Komunikasi seluruh bandar terjejas.Hospital di Pétionville, pinggiran Port-au-Prince musnah akibat gempa bumi. Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut rosak teruk. Gempa bumi melanda kawasan yang teramai penduduknya di Haiti; bilangan mangsa terkorban dianggarkan meningkat dari 45,000 sebaik sahaja berlakunya gempa hingga 200,000 orang enam hari kemudian.[21][22][6] Sehari selepas gempa, Palang Merah Antarabangsa menganggarkan seramai 3 juta roang terjejas oleh gempa bumi.[5] Rayuan untuk bantuan antarabangsa dikeluarkan oleh para pegawai kerajaan Haiti, termasuk Raymond Joseph, duta Haiti ke Amerika Syarikat Tindak balas

Persatuan Palang Merah Antarabangsa, Salvation Army,[24] PBB[25] and president René Préval[26] mula merayu bantuan kemanusiaan. Duta Joseph dan anak saudaranya, Wyclef Jean,[27] yang dilantik oleh Préval sebagai "duta merantau" Haiti,[28] turut sama merayu bantuan. Banyak negara telah membalas rayuan dengan melancarkan usaha pengumpulan dana, serta menghantar pasukan penyelamat. Negara jiran Republik Dominica ialah negara pertama yang menghulurkan bantuan kepada Haiti, sekaligus mengetepikan perbalahan antara kedua-dua negara sejak abad ke-19.[23] Pasukan Dominica menghantar makanan, air botol dan jentera berat untuk membersihkan runtuhan.[29] Hospital-hospital dan lapangan...
tracking img