Penanda Aras Pendidikan Rendah Di Malaysia
Pendidikan di sekolah rendah di negara ini mempunyai beberapa matlamat tertentu. Antara matlamat tersebut ialah membolehkan kanak-kanak menguasai Bahasa Malaysia dengan memuaskan, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, menguasai kemahiran asas bahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah-sekolah rendah, menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menguasai kemahiran-kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas (Sang, 2009). Penguasaan membaca, menulis dan mengira merupakan kemahiran asas yang menjadi objektif utama dalam pelajaran di sekolah rendah. Apabila kemahiran-kemahiran asas dapat dikuasai, murid-murid seterusnya dapat mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah mereka kuasai. Walaubagaimanapun, penguasaan membaca, menulis dan mengira iaitu 3M masih belum mencapai ke tahap yang memuaskan terutamanya dalam kemahiran mengira. Demi mencapai matlamat dalam membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran 3M ini, kerajaan telah memperkenalkan Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) (Sang, 2009). KIA2M ialah suatu program khas yang diperkenalkan untuk murid-murid Tahun 1, sekolah rendah. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menangani masalah penguasaan kemahiran asas, khasnya membaca dan menulis, dalam kalangan murid yang baru masuk sekolah rendah. Matlamat utama program ini ialah agar semua murid Tahun 1 mencapai dapat 100% dalam penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia (Sang, 2009). Program KIA2M ini diadakan dengan tujuan ingin membantu murid-murid tahun 1 menguasai kemahiran menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia, memupuk minat belajar dalam kalangan mereka, meningkatkan keyakinan diri murid-murid terhadap persekolahan dan memberi peluang kepada mereka untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap kebolehan masing-masing (Sang, 2009). Program ini dilaksanakan di semua sekolah kebangsaan. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina & Tamil) boleh...
Please join StudyMode to read the full document