Read full document

Uum Business Com

Page 1 of 11
Soalan 1
a)Senaraikan sekurang-kurangnya 5 (LIMA) halangan utama dalam Komunikasi Perniagaan.

Jawapan

1. Non-verbal signal (isyarat bukan lisan)

Isyarat bukan lisan ialah penggunaan “body language” yang boleh memberikan maklum balas yang berharga dalam komunikasi antaranya menggerakkan tubuh, ekspresi wajah, gerakan mata dan mengangguk kepala.

2. Language (bahasa)

Pemilihan bahasa sangat penting kadangkala tidak difahami atau diterima oleh pendengar disebabkan perbezaan bahasa terutama dalam sebuah organisasi yang melibatkan pekerja asing.

3. Listening (pendengaran)

Akibat dari sesuatu isu yang disampaikan tidak menimbulkan minat boleh melenyapkan fokus kepada pendengar seterusnya pendengar mengabaikan maklumat yang hendak disampaikan.

4. Pre-judgement (pra-penilaian)

Pra-penilaian boleh meninggalkan kesan yang negetif dan membuat seseorang itu tertanya-tanya tentang perkara yang hendak disampaikan tanpa menilai dan memberi peluang untuk seseorang itu menyelesaikan apa yang hendak disampaikan.

5. Relationships (perhubungan)

Dalam sesebuah komunikasi perhubungan dua pihak adalah penting sekiranya seseorang itu mempunyai rasa tidak puas hati dengan sebelah pihak yang lain ini boleh menyebabkan sesuatu mesej yang hendak disampaikan tidak dapat diterima dengan sepenuhnya.

Soalan 1

b)Gunakan sebarang model dalam proses komunikasi untuk menerangkan bagaimana pertukaran maklumat berlaku. Sokong hujahan anda dengan mengillustrasikan model tersebut.

Jawapan

Proses kitaran komunikasi

Dalam proses komunikasi ia memerlukan dua pihak iaitu penyampai maklumat dan penerima maklumat. Sebelum sesuatu maklumat yang hendak disampaikan penyampai haruslah melalui beberapa proses iaitu membayangkan apa yang hendak disampaikan (consive the message), merekod maklumat yang hendak disampaikan (encoding the message) dan memilih saluran untuk meyampaikan maklumat (select appropriate channel)...