Unemplyment and Crime in Malaysia

Only available on StudyMode
  • Pages : 38 (9544 words )
  • Download(s) : 800
  • Published : March 28, 2011
Open Document
Text Preview
BAB 1
PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN

Pengangguran merupakan salah satu masalah yang sering di hadapi sama ada negara maju mahupun negara yang sedang membangun dan miskin. Masalah pengangguran biasanya disebabkan oleh keadaan ekonomi yang sedang mengalami kemelesetan dan juga perubahan dari skim yang digunakan oleh firma iaitu perubahan dari skim berinsentifkan buruh kepada skim berinsentifkan teknologi dan modal. Pengangguran menyebabkan berlakunya peningkatan masalah jenayah di sesebuah negara.

Ekonomi negara dilihat melalui beberapa pembolehubah yang boleh diukur seperti pendapatan perkapita. Pendapatan perkapita yang tinggi menunjukan bahawa tingkat pendapatan penduduk berada pada tahap yang tinggi dan taraf hidup penduduk juga berada pada tahap yang tinggi. Sekiranya pendapatan perkapita penduduk berada pada tahap yang rendah, menunjukan bahawa keadaan ekonomi sesebuah negara tersebut belum lagi mencapai tahap ekonomi seperti negara maju. Pendapatan perkapita juga boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial seperti masalah jenayah dan pengangguran.

Apabila sesebuah negara mengalami masalah pengangguran yang tinggi dan pendapatan perkapita negara tersebut berada pada tahap yang rendah menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kadar jenayah. Hal ini disebabkan oleh tekanan yang dialami oleh penduduk untuk mendapatkan pekerjaan dan pendapatan yang diterima adalah rendah, dan memaksa penduduk untuk melakukan jenayah untuk mendapatkan wang. Jenayah lebih banyak berlaku di kawasan – kawasan bandar besar di sebabkan oleh kesempitan hidup. Antara jenayah yang biasanya dilakukan adalah jenayah kekerasan seperti rompakan, ragut, pembunuhan dan sebagainya. Selain jenayah kekerasan, jenayah kolar biru juga sering dilakukan seperti pecah amanah dan penipuan. Kajian ini adalah untuk melihat dan menilai sejauh mana perkaitan antara pengangguran dan pendapatan terhadap kadar jenayah di negeri – negeri di semenanjung Malaysia.

1.1 DEFINISI PENGANGGURAN

Pengangguran bermaksud golongan tenaga kerja iaitu mereka yang berusia antara 16 hingga 64 tahun yang mempunyai keinginan untuk bekerja tetapi tidak mendapat sebarang pekerjaan. Menurut Keynes, sesebuah negara yang telah mencapai guna tenaga penuh, kadar pengangguran bagi negara tersebut adalah sebanyak 4 peratus atau kurang dari 4 peratus. Kadar pengangguran boleh dikira dengan formula berikut: Kadar Pengangguran = Jumlah penganggur x 100

Jumlah Tenaga Buruh

Manakala bilangan pengangguran boleh dikira dengan formula berikut: Pengangguran = Tenaga Buruh – Guna Tenaga

1.2 JENIS DAN PUNCA BERLAKUNYA PENGANGGURAN

Terdapat beberapa jenis dan penyebab yang menyebabkan berlakunya masalah pengangguran. Antaranya ialah:

i) Pengangguran geseran atau normal.
Pengangguran ini berlaku untuk sementara waktu sahaja. Pekerja tidak puas hati dengan pekerjaan sekarang dan sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain yang lebih baik.

ii) Pengangguran struktur.
Pengangguran ini berlaku disebabkan perubahan struktur ekonomi dalam sesebuah negara. Pada masa dahulu sektor pertanian memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada tenaga buruh. Dengan perkembangan sektor industri dan pembinaan, penyumbang terbesar dalam penyediaan peluang pekerjaan telah beralih ke sektor tersebut. Oleh kerana sebilangan tenaga buruh tidak mempunyai kelayakan dan kemahiran maka berlakulah pengangguran. Perubahan sektor ini juga berlaku kerana kurangnya penawaran dari sektor pertanian atau terdapat kekurangan permintaan terhadap keluarannya. Kekurangan permintaan ini adalah disebabkan berlakunya peningkatan kos pengeluaran, persaingan, terdapatnya keluaran baru dalam pasaran dan sebagainya.

iii) Pengangguran kitaran atau edaran.
Pengangguran ini berlaku apabila terdapatnya kemelesetan teruk dalam permintaan...
tracking img