Tokoh Keusahawan

Only available on StudyMode
  • Pages : 5 (1196 words )
  • Download(s) : 1325
  • Published : April 1, 2011
Open Document
Text Preview
[pic]

1.0 Latar Belakang

Nama: Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin

Lahir: Pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Pekerjaan: CEO Naza Group

Tarikh Meninggal Dunia: 2 Mei 2008 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dilahirkan pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau sentiasa berminat terhadap kereta and industri aotomobil. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Tunku Munawir dari tahun 1961 sehingga tahun 1966. Beliau juga mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada tahun 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan dan sebagainya. Beliau meninggal dunia akibat barah paru-paru di Los Angeles, California, Amerika Syarikat pada 2 Mei 2008.

2.0 Permulaan Penglibatan

[pic]

Pada tahun 1974, ketika itu beliau berusia 19 tahun telah menyimpan RM 80,000 dalam akaun bank hasil daripada gaji yang diperolehinya sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Dalam masa setahun, beliau telah meraih hasil keuntungan bernilai sejuta ringgit.

Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin merupakan salah seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang berjaya di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada tahun 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, perladangan, perhotelan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan, agensi insuran dan sebagainya.

Pada tahun tersebut, beliau telah menonjolkan perniagaannya apabila beliau memutus untuk mengimport kereta-kereta Jepun dimana pada ketika itu kereta buatan Jepun adalah popular dikalangan rakyak Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapinya, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk mendapat keyakinan pelanggan-pelanggan untuk membeli kereta-kereta terpakai apabila ramai diantara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta-kereta asing. Tetapi cabaran-cabaran tersebut tidak dapat menumpahkannya, sebaliknya, beliau terus berusaha menuju kejayaan dalam perniagaannya.

“Untuk memperoleh kejayaan, anda mesti mempunyai minat dengan apa yang anda lakukan dan anda mesti tahu apa yang anda lakukan. Anda perlu merancang dahulu dan mempunyai arah tuju.” katanya. “Dalam perniagaan anda mesti memulakannya dari kecil, melakukan kajian dan berjalan selangkah demi langkah.”

Meskipun menjadi seorang ahli perniagaan dan usahawan yang amat berjaya. Nasaruddin berkata beliau tidak banyak berubah. “Satu-satunya perbezaan adalah yang saya memulakan dengan lima kakitangan dan kini saya mempunyai kira-kira 4,000 kakitangan.”

3.0 Perkembangan dan Sumbangan

Kumpulan Naza kini mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri seperti pengedaran rook, kredit dan sewaan, kejuruteraan, perhotelan, insuran, alat ganti jentera, perkilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang telah diwujudkan oleh beliau. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea Selatan dan Peugeot dari Perancis serta juga permit import untuk kenderaan Mazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz yang terbesar dan juga terpenting di Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus.

Selain itu, beliau juga merupakan pengasas kelab bola sepak Kuala Muda Naza FC yang bertapak di Kuala Muda, Kedah dan turut memiliki TTDI Development yang merupakan salah sebuah syarikat hartanah terpenting di Kuala Lumpur.

Tan Sri Nasimuddin dilaporkan berminat untuk membeli 40% kepentingan dan mengambil alih perusahaan kereta kebangsaan Malaysia,...
tracking img