Tingkahlaku Kanak-Kanak Prasekolah

Only available on StudyMode
  • Pages : 16 (4644 words )
  • Download(s) : 5245
  • Published : August 26, 2009
Open Document
Text Preview
TINGKAH LAKU PROSOSIAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH: MENSASARKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH INTERPERSONAL Profesor Madya Anna Christina Abdullah, Ph.D Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia

Abstrak
Setiap hari, akan berlaku masalah interpersonal di kalangan kanak-kanak prasekolah, sama ada, masalah antara seorang kanak-kanak dengan rakan sebayanya, atau kanak-kanak dengan gurunya, ataupun dengan orang dewasa lain. Terdapat kanak-kanak yang dapat tangani masalah sedemikian dengan jayanya, tetapi ada juga kanak-kanak yang kurang berkeupayaan untuk menangani masalahmasalah yang timbul. Kajian sedia ada menunjukkan yang kanak-kanak semuda 4 tahun sudah dapat memahami yang tingkah laku mereka ada punca-puncanya, bahawa setiap orang mempunyai perasaan, dan bahawa terdapat lebih dari satu penyelesaian kepada setiap masalah. Mereka juga mempunyai kebolehan untuk menilai sama ada sesuatu idea itu baik atau kurang baik. Pengetahuan atau kefahaman seperti ini adalah sebahagian daripada kognisi sosial kanak-kanak yang merupakan elemen yang penting dalam kemahiran menyelesaikan masalah sosial. Kajian-kajian telah menunjukkan yang kanak-kanak dapat dibantu mempelajari atau meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah interpersonal secara terancang. Kemahiran ini adalah penting supaya mereka dapat membina perhubungan yang baik dengan orang lain, menjaminkan kestabilan emosi peribadinya dan sekaligus menjadinya seorang yang senang didampingi oleh orang lain. Dengan ini, perkembangan dalam semua aspek lain seperti intelek, rohani dan jasmani juga dapat dikembangkan dengan lebih baik lagi. Kertas kerja ini akan menghuraikan pendekatan-pendekatan yang dapat diguna untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah interpersonal di kalangan kanak-kanak prasekolah. Secara khususnya, perbincangan akan berfokus kepada satu intervensi yang telah digunakan dengan meluas di Amerika Syarikat, dan telah dipercubakan di beberapa buah prasekolah di Pulau Pinang. Intervensi ini telah menunjukkan kesan yang positif di kalangan kanak-kanak prasekolah, dan memberi sokongan kepada pendekatan yang mensasarkan kognisi sosial kanak-kanak.

‘Do unto others as you would have them do unto you’ (The Golden Rule) Pengenalan Pepatah di atas seakan-akan dapat dijadikan asas bagi memandu tingkah laku kita supaya menjaminkan setiap tindakan interpersonal kita mengikut lunas-lunas masyarakat yang diterima umum. Sebenarnya kebolehan sosial merupakan satu keupayaan yang sangat penting dalam kehidupan setiap insan yang ingin menjalinkan perhubungan interpersonal yang berkesan dan dapat hidup bahagia. Kebolehan sosial (social competence) boleh didefinisikan sebagai, Seminar Prasekolah Kebangsaan, Bahagian Pendidikan Guru & Institusi Perguruan Rajang 26-28 Mac 2007

Tingkah Laku Prososial Kanak-kanak Prasekolah

Anna Christina Abdullah 2

“the ability to achieve personal goals in social interaction while simultaneously maintaining positive relationships with others over time and across situations” (Rubin & Krasnor 1992: 285) Kemahiran menyelesaikan masalah sosial ialah sebahagian daripada kebolehan sosial yang perlu apabila kanak-kanak berada dalam situasi yang bermasalah. Kebolehan sosial juga merupakan komponen teras dalam kecerdasan interpersonal yang dihuraikan dalam teori Kepelbagaian Kecerdasan Howard Gardner (1990), dan terangkum juga dalam kecerdasan emosional (EQ) yang diutarakan oleh Goleman (1993). Dalam pendidikan prasekolah, kemahiran menyelesaikan masalah sosial diberi perhatian yang khusus dalam komponen perkembangan sosioemosi kanakkanak yang dari segi pelaksanaannya harus dilakukan merentasi kurikulum atau dalam semua komponen lain. Kemahiran ini boleh didefinisikan sebagai kebolehan seseorang kanak-kanak untuk menyelesaikan atau menangani masalah yang timbul dalam satu konteks sosial, iaitu yang melibatkan orang lain. Masalah sosial yang dimaksudkan di sini ialah sebarang situasi yang menimbulkan perasaan kurang senang seperti...
tracking img