The Awareness of Zakat on Income at Segamat

Only available on StudyMode
  • Pages : 25 (5522 words )
  • Download(s) : 202
  • Published : April 10, 2013
Open Document
Text Preview
Faktor-faktor yang mempengaruhi pengeluaran zakat pendapatan di kalangan warga pendidik di Segamat, Johor.

Dziauddin Sharif
Center for Islamic Thought and Understanding
UiTM Melaka
Malaysia
Email:dziau646@melaka.uitm.edu.my
Mohd Saufi Abdul Hamid
Center for Islamic Thought and Understanding
UiTM Segamat, Johor
Malaysia

Assoc Prof Dr Ahmad Che Yaacob
Center for Islamic Thought and Understanding
UiTM Johor Bahru, Johor
Malaysia

Abstract

Zakat on income is among the main contribution to the development of Islamic socio-economic. The number of zakat payer is increasing yearly but there are certain individual in the society is unaware about the importance of paying zakat and its crucial role that it can be played. Moreover, the lack of understanding and knowledge on zakat are among identified factors that also lead to this situation. Thus, this research has done an investigation to see any possible significant relationship between demographic, awareness, satisfaction on zakat distribution and knowledge on zakat with zakat payment. The Chi – square and one sampel t-test were both been used in identifying the relationship. As the result, the Chi - square test has demographically shown that they were significance relationship between marital status, age and income that lead them in paying zakat. However there is no relationship between gender, work place and education background. Meanwhile, other factors such as awareness of the payer, satisfaction of zakat distribution system and knowledge are also having significant relationship.

Pengenalan

Tanggungjawab membayar zakat pendapatan sebenarnya mempunyai taraf yang sama beratnya dengan tanggungjawab menunaikan solat kerana ianya adalah salah satu rukun Islam yang lima. Tambahan pula, zakat sangat penting di dalam menjana pembangunan sosio ekonomi umat Islam. Terdapat banyak kaedah dan cara yang telah disediakan oleh pihak berkaitan bagi memudahkan orang ramai membayar zakat. Antara kaedah yang boleh didapati pada masa sekarang ialah pemotongan gaji, pembayaran melalui internet, di kaunter-kaunter berkaitan seperti bank dan pejabat pos, kredit kad malah melalui telefon juga.

Oleh kerana impak pembayaran zakat oleh orang ramai sangat signifikan dan besar, maka kajian ini dilakukan melalui aspek penerimaan dan kesedaran orang ramai. Kajian ini memfokuskan aspek-aspek tertentu yang dikenalpasti sebagai faktor yang mempunyai hubungan dengan pembolehubah kesedaran dan penerimaan orang ramai dalam membayar zakat. Beberapa pembolehubah telah diambil sebagai ujikaji bagi menentukan korelasi antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar ialah pembayaran zakat pendapatan manakala pembolehubah tak bersandar ialah demografi, kesedaran, kepuashatian terhadap agihan zakat dan pengetahuan. Justeru, penyelidik mendapati kesemua pembolehubah itu adalah sangat signifikan dan bersesuaian di dalam mempengaruhi pembayar membayar zakat pendapatan.

Kajian Lepas

Oleh kerana status zakat pendapatan yang masih belum disepakati maka kepatuhan individu mengeluarkan zakat pendapatan bergantung kepada samada ia bersetuju atau tidak tentang kewajipan membayarnya. Walaupun pendirian individu ini serba sedikit dipengaruhi oleh keputusan kerajaan negeri, yang masing-masing mempunyai kewibawaan dalam menentukan wajib atau tidak zakat pendapatan namun alasan ketiadaan jumhur ulama ini menyebabkan ia tidak membayar atau mengelak dari membayar zakat ini.

Terdapat juga kes didalam negeri yang telah mewartakan kewajipan zakat pendapatan tetapi masih ada individu yang tidak membayarnya dan begitulah sebaliknya didalam negeri yang tidak mewartakan kewajipan zakat pendapatan namun terdapat individu yang tetap membayarnya. Membayar zakat pendapatan atau tidak membayar zakat pendapatan adalah sangat berkait dengan soal ketaatan. Zakat secara umum merupakan satu ibadat sebagaimana kewajipan ibadat yang lain seperti...
tracking img