Teori Kedatangan Tamadun Islam

Only available on StudyMode
  • Pages : 12 (4318 words )
  • Download(s) : 1413
  • Published : February 28, 2011
Open Document
Text Preview
Sekurang-kurangnya terdapat tiga (3) teori kedatangan Islam di AM. Pertama, Islam itu datang daripada India. Kedua, Islam itu datang daripada China. Dan ketiga, Islam itu datang daripada Arab/Parsi. Teori-teori ini diketengahkan oleh banyak sejarawan seperti Pijnappel, Snouck Hugronje, B. Harisson, Thomas Arnold, Morquette, R.O Winstedt, S.Q. Fatimi, Syed Muhammad Nuqaib al-Attas, HAMKA dan sebagainya. Teori-teori mereka ini sama ada berasaskan pada jumpaan sumber sejarah atau rasionalisme sejarawan itu sendiri dalam menyusun kepelbagaian dzon (sangkaan) sehingga lahir teori-teori kedatangan Islam di AM. a. Islam Datang Dari India

Terdapat 2 wilayah (di India) dipercayai sebagai tempat asal yang membawa Islam ke AM. Pertama, Gujerat dan Malabar. Kedua, Bengal Coromandel. Menurut Pijnappel, kedatangan Islam di AM dilakukan oleh para pedagang Islam berbangsa Arab yang bermukim di Gujerat dan Malabar. Sangkaan ini bertitik-tolak oleh banyaknya nama kedua-dua wilayah ini dalam sejarah awal AM. Pandangan ini telah disokong oleh Snouck Hugrunje dan Harry Hazzard memandangkan aktiviti perdagangan oleh para pedagang Islam di AM sama ada sebagai “orang tengah” atau pedagang premier yang membawa barang dagangan dari wilayah tersebut merentasi Nusantara untuk pergi ke China dan sebagainya. Teori kedatangan Islam dari Gujerat dan Malabar ini diperkuatkan lagi dengan temuan batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428M dan di Gerisik yang bertarikh 1419M oleh Morquette. Bentuk fizikal kedua-dua batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan di Gujerat. Realiti ini membawa pada kesimpulan sejarah oleh sejarawan; iaitu Islam sampai ke AM pada awal kurun ke-15M. Teori dan hipotesis ini menerima sanggahan oleh Syed Muhammad Nuqaib al-Attas. Sanggahan teori sejarah adalah sesuatu yang biasa dan semulajadi kerana teori itu sendiri datangnya daripada akal manusia yang nisbi; sudah tentu terus relatif dengan keputusan akal manusia sendiri yang juga bersifat relatif. Kata Syed Muhammad Naquib al-Attas, asas jumpaan dan persamaan fizikal batu nisan sebagai di atas tidak munasabah. Sepatutnya, jumpaan dan persamaan tersebut hanya dilihat sebagai hujah tempat asal batu nisan tersebut adalah dari Gujerat, India. Penolakan atu-satu teori akan membawa kepada lahirnya satu teori sejarah yang lain. Teori sejarah terkemudian ini juga sebenarnya masih dan tetap disokong oleh sumber-sumber sejarah di samping rasionalisme sejarawan itu sendiri. Menurut S.Q Fatimi, kedatangan Islam di AM datangnya dari Bengal, Coromandel, India. Kedatangan Islam ini dilakukan oleh para pedagang dari sana. Bengal lebih awal menerima Islam berbanding Gujerat dan Malabar. Maka, sudah tentu proses islamisasi AM itu dilakukan oleh wilayah yang lebih awal menerima Islam ini. Pandangan ini telah didokong oleh Arnold dalam buku akademianya, The Muslim World. Menurut beliau, para pedagang Bengal ini bermazhab Shafie; sama dengan mazhab umum di AM. Secara emperikal, mustahil pedagang Gujerat dan Malabar bertanggungjawab membawa Islam ke AM; kerana mazhab umum mereka adalah mazhab Hanafi; manakala AM bermazhab Shafie.Rasionalisme sejarawan membawa pada relatifnya teori satu-satu peristiwa. Teori Islam datang daripada India diperkuatkan oleh catatan sejarah oleh Ibn Batutah. Menurut Ibn. Batutah, dalam persinggahan beliau di Pasai, pandangan empire belia mendapati wujud persamaan budaya khususnya pakaian diraja dengan kebudayaan yang terdapat di Bengal, India. Malah, Ibn Batutah juga mencatatkan bahawa Merah Silu sebenarnya beragama Hindu, kemudiannya memeluk Islam dan baginda mempunyai hubungan bernegara dengan masyarakat Islam Bengal, India. Walaupun demikian, hujah-hujah di atas ini dianggap masih tidak matang dan tepat. Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah, Pasai menerima Islam lebih awal iaitu pada 1042M dan Malik al-Salih bukanlah pemerintah pemerintah pertama memeluk Islam. Sebelum Malik al-Salih, Meurah Giri atau Mahmud Shah lebih awal memeluk Islam yang akhirnya Pasai...
tracking img