Tentera Masa Hadapan

Page 1 of 61

Tentera Masa Hadapan

By | August 2010
Page 1 of 61
Tentera masa depan
>>
Pakcik:
Hari tu pernah gak tengok Latihan Menembak PLKN ni. kebetulan masa tu pakcik bawak anak-anak buah pegi menembak, dan budak2 PLKN tengah menembak kat lapang sasar sebelah. Ok apa. diorang pun nampak suka. berbalik kepada tajuk.

mungkin daripada PLKN ni lah kita dapat menghasilkan warganegara yang bersemangat patriotik. Walaupun mereka ni mungkin tak jadik tentera, tapi bayangkanlah kalau kita ada pakar IT, jurutera, doktor, peguam, ahli sains dan sebagainya yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi- Mereka-mereka yang sangat cintakan negaranya.

Tak mustahil itulah 'Tentera masa depan' yang tak ternilai yang kita akan ada nanti. mereka-mereka yang 'berjiwa tentera'yang mempertahankan negara bukan dengan senjata, tetapi dengan kepakaran yang mereka ada. Jeema2332:

hmm..ok jeema setuju dgn semua pendapat dlm nie..
but ada satu pertanyaan..jeema penah dengar ttg satu terms ni dlm majalah..iaitu 'HANRUH' atau pertahanan menyeluruh..jeema tau sikit2 maksudnya..tapi sekdar nak tahu dgn lebih lanjut..bole sesiapa tolong terangkan bg pihak jeema?hhehehe ;D ;) Pakcik:

Telah diterbitkan dalam Majalah Perajurit Dis 2006

PEMBANGUNAN PERTAHANAN MALAYSIA – SATU PENDEKATAN MENYELURUH

Oleh: Hamzah bin Haji Dollah.

Sejarah
Titik perubahan dalam sejarah negara ialah kemaraan sebagai sebuah negara baru dan bermulanya perjalanan negara yang sungguh mengagumkan. Sejarah kita menjadi saksi kepada perpaduan dan kesepakatan bangsa yang pada satu ketika dahulu pernah dijajah. Bermula dengan penubuhan Tentera Darat pada 1 Mac 1933 dan penyatuan negeri Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaya maka diistiharkan 16 September 1963 adalah hari penubuhan Malaysia yang saban tahun diserikan dengan sambutan hari Angkatan Tentera Malaysia. 16 september tahun ini adalah hari ulangtahun ATM yang ke 73.

Kalau diterjemahkan ke dalam kehidupan manusia, umur 73 tahun adalah suatu tempoh kematangan dan jitu dengan pengalaman dan suka duka....