Tamadun Islam Uitm

Page 1 of 17

Tamadun Islam Uitm

By | April 2010
Page 1 of 17
Isi kandungan.
Penghargaan.
Pendahuluan.
Definisi Tamadun.
Masyarakat Bertamadun.
Asas-asas Tamadun Islam.
Sumber Tamadun Islam.
Matlamat Tamadun Islam.
Dasar-Dasar Tamadun Islam.
Ciri-Ciri Khusus Tamadun Islam.
Kesimpulan.
Rujukan.

Penghargaan

Alhamdulillah hi rabbil Alamin, segala puji bagi Allah yang menciptakan sekalian alam dan telah memberi kami segala nikmat dan hikmah. Akhirnya folio kami telah lengkap kami laksanakan insyaallah apa yang terbaik dan mampu kami persembahkan. Di sini, kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah CTU 151 Ustazah Syuhadaini yang telah memberi tunjuk ajar kepada kami dalam pembikinan dan pengajian kami sepanjang semester ini. Kami juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu terutamanya kelurga kami serta rakan-rakan yang sering beri dorongan dan sokongan. Tanpa mereka semua dan pertolongan daripada Allah S.W.T tak mungkin kami dapat selesaikan tugasan kami ini dengan jayanya. Di sini juga kami ingin mohon maaf kepada ustazah atas segala kesulitan yang melanda dalam pelaksanaan folio ini. Akhir sekali, kami ingin ucapkan sekali lagi buat Ustazah kerana tekun memberi peringatan dan dorongan supaya kami menjadi orang-orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Kami juga doakan agar Ustazah di beri barakah dan kemuliaan daripada Allah atas tugas yang sangat mulia ini sebagai pendidik bahkan ummi kepada kami semua.

Masyarakat bertamadun.
1.Masyarakat berpaksikan Tauhid.
Definisi tauhid:
Tauhid rububiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada ciptaan, pemerintahan, takdir, pentadbiran dan perbuatan-Nya serta dalam memberikan suatu kesan.Manakala tauhid uluhiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah dalam hal peribadatan tanpa mengambil seorang manusia pun bersama Allah sebagai sembahan. Tauhid Asma' dan Sifat pula didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada apa yang dinamakan dan disifatkan dengan diri-Nya, sebagaimana yang terdapat di dalam...