Tamadun Islam

Only available on StudyMode
  • Pages : 8 (2063 words )
  • Download(s) : 11372
  • Published : October 18, 2007
Open Document
Text Preview
Definisi Tamadun

Daripada catatan Kamus Dewan, tamadun diertikan sebagai:

1. Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain- lain) yang tinggi, peradaban.

2. Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi, peradaban.

3. Budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban.

Sebagai kesimpulan, tamadun bermaksud peradaban,kemajuan sama ada dari segi kebendaan mahupun kerohanian, kebudayaan, keilmuan, pergaulan, pendidikan, teknologi, akhlak dan sopan santun.

ASAL-USUL PERKATAAN "TAMADUN"

Istilah tamadun yang digunakan oleh bahasa melayu ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab. Daripada sudut makna atau semantik, "tamadun" adalah kata terbitan yang berakar umbi daripada kata kerja "maddana" yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran.

Dari segi sejarah, kajian tentang tamadun telah diperkenalkan buat kali pertama pada kurun ke-14M oleh Ibn Khaldun didalam bukunya ‘Al-Muqadimmah Li Kitab Al-‘Ibar'. Beliau menggunakan perkataan ‘umran' sebagai merujuk kepada tamadun yang kita fahami sekarang. Di dalam bahasa Arab, terdapat empat istilah yang pernah digunakan untuk membincangkan tentang konsep pembangunan , kemajuan dan pencapaian manusia. Istilah-istilah tersebut ialah :

1. ‘Umran - Umran berasal daripada perkataan bahasa Arab `imr yang bermaksud ‘bangunan' dan perkataan `umr yg bererti ‘memanjangkan umur' yg menggambarkan bagaimana manusia mengembangkan hidup. Prof. Franz Rosenthal pula menterjemahkannya ke dalam Bahasa Inggeris sebagai perbandaran (urbanization) dan tamadun (civilization).

2. Hadharah – Hadharah pula berasal dpd perkataan "khudhur" bererti ‘yg hadir'. hadarah" ini boleh diertikan sebagai sebuah masyarakat yg menetap di bandar berasaskan suatu sistem politik, agama dan sosio-politik yg mantap. Masyarakat itu juga moden dan maju dalam bidang pemikiran, pendidikan, perekonomian, perdagangan, pembuatan, pertanian, pentadbiran serta menghormati peraturan dan berkomunikasi berdasarkan tata susila yg tinggiyang. Hadharah dalam istilah Arab moden pula diterjemahkan oleh Prof. G. E. Von Grunebaum sebagai ‘civilization'.

3. Madaniyyah- Istilah ini yg diambil daripada akar kata "Madinah" yg merujuk kpd negara Islam pertama diasaskan oleh Rosulullah s.a.w. Sarjana Islam Al-Farabi telah menggambarkan "madaniyyah" ini sebagai pencapaian umat Islam di kota berasaskan wahyu iaitu Aqidah, Shariah dan Akhlaq

4. Tamadun – Tamadun pula bermaksud peradaban, yakni keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesebuah bangsa dan masyarakat.

Daripada perspektif Islam, takrif yang dikemukakan melalui madaniyyah, umran hadarah dan tamadun meskipun masing-masing agak berbeza, tetapi sebenarnya menemui titik persamaan daripada segi konsep tamadun, iaitu meletakkan unsur agama yang berpaksi kepada akidah, syariah dan akhlak sebagai asas dan dasar dalam pembinaan dan perkembangan tamadun.

Ciri-Ciri Am Tamadun
Menurut buku ‘Two Lectures is Islamic Civilization' karangan M.A.J Beg, sesebuah masyarakat yang bertamadun mempunyai ciri-ciri asas yang berikut : 1.Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu (Kota, bandar, kepolisan)

2.Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat.
3.Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna.
4.Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dgn satu sistem tulisan tersendiri utk berkomunikasi.
5.Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuatkuasa. 6.Peningkatan daya reka cipta dlm bidang teknologi dan pembinaan. 7.Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian,...
tracking img