Tamadun

Only available on StudyMode
  • Pages : 5 (1283 words )
  • Download(s) : 2829
  • Published : August 13, 2010
Open Document
Text Preview
Kelahiran, Perkembangan dan Kemerosotan Tamadun
Sesungguhnya penelitian pembinaan dan kejatuhan sesbuah tamadun itu sangat dipengaruhi oleh asas dan sumber yang mendasari pembinaannya, hunbungan-hubuangan yang menghasilkan pembangunan itu, serta aspek-aspek yang diberi penekanan dalam perkembangan dan juga kemerosotannya. Tamadun manusia mengalami saat kelahiran, saat perkembangan, saat kecermerlangan dan diakhiri dengan saat kemerosotan sama seperti yang dialami oleh manusia iaitu lahir, membesar daripada kanak-kanak sehingga remaja, dewasa dan akhirnya menjadi tua. Proses ini dibincangkan oleh para sarjana secara panjang lebar melalui model-model yang diketengahkan. Dalam bahagian ini, tiga model perkembangan tamadun akan dikemukakan. Model pertama ialah model tiga tahap perkembangan kerajaan atau organisasi social yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun iaitu: 1. Tahap awal atau kelahiran yang dicirikan oleh perasaan kekitaan atau asabiyah bagi memenuhi keperluan asas, dan kemudiannya diperkukuhkan oleh peranan agama. 2. Tahap kehidupan menetap atau bertamadun yang dicirikan oleh kelahiran system pemerintahan yang membawa kepada pertumbuhan Bandar dan member kesan kepada strafikasi sosial. 3. Tahap lemah atau kejatuhan yang dicirikan oleh konflik politik dan krisis ekonomi sehingga membawa kesan kepada strafikasi social dengan peningkatan kemewahan dan kelunturan semangat kekitaan. Model kedua ialah model yang diketengahkan oleh Malik Bennabi (1905-1973). Malik membahagikan teorinya kepada tiga tahap iaitu: 1. Tahap masyarakat pra-tamadun (Mujtamai qabl al-Hadari) iaitu pandangan yang belum mantap terhadap aspek-aspek kebendaan, idea dan kemanusiaan. Cirri-cirinya ialah seperti penyembahan berhala, semangat kabilah yang kuat, diskriminasi gender dan keterbatasan interaksi social yang wujud dalam kehidupan jahiliah pra-Islam. 2. Masyarakat bertamadun (Al-Mujtamal al-Mutahaddir) iaitu kelahiran peringkat awal budaya baru berteraskan Islam. Ciri-cirinya ialah seperti perluasan hubungan silaturahim, kerjasama dan interaksi social, cetusan idea-idea intelek, system politik, ekonomi dan social seperti yang ditonjolkan dalam kehidupan pasca-hijrah Muhajirin dan Ansar. 3. Masyarakat pasca-tamadun (Mujtamai baid al-Hadari) iaitu peringkat kejatuhan setelah meniti kejayaan cemerlang. Cirri-cirinya ialah kebekuan idea, pemusatan kuasa dan kepentingan, penyelewengan agama serta kecintaan terhadap kekayaan material dan kemewahan. Model ketiga ialah model Ali Shariati (1933-1977). Menurut Ali Shariati, ada dua perkara yang penting dalam perkembangan tamadun, dan kedua-dua perkara tersebut berada dalam diri manusia. Pertama ialah penghijrahan manusia dari satu tempat asal ke tempat baru. Dalam sejarah dua puluh tujuh tahun tamadun manusia, tidak ada tamadun yang lahir dan berkembang di kalangan masyarakat primitive yang tidak pernah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Kedua, peranan manusia dalam menentukan nasib dan masa depan hidupnya. Dengan akal fikiran dan tenaga, manusia bertanggungjawab menguruskan diri dan masyarakat, mengubah keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik berpandukan bimbingan daripada asas dan sumber Islam. Pada tahap paling minimum, kandungan tamadun sekurang-kurangnya terdiri daripada enam ciri asas (Wan Hashim 1997:88-9) iaitu: 1. Mempunyai kehidupan di Bandar.

2. Mempunyai system pemerintahan dan kerajaan
3. Mempunyai bahasa dan tulisan
4. Mempunyai system perundangan
5. Mempunyai agama dan kepercayaan
6. Mempunyai pengkhususan dalam pekerjaan
Faktor pendorong kemunculan tamadun :
1. Kedudukan yang Strategik
Manusia sentiasa mencari penempatan yang mempunyai sumber semula jadi bagi menampung kehidupan. Penempatan sentiasa dicari ialah lembah sungai. Contoh: kemunculan Tamadun China di Lembah Huang-He dan Yong Tse, Tamadun India di Lembah Ganges, Tamadun Mesia di Lembah Nil dan Melaka di Selat Melaka.

2. Rangsangan Keagamaan dan Kerohanian...
tracking img