Taipei 101

Only available on StudyMode
  • Pages : 14 (3718 words )
  • Download(s) : 119
  • Published : August 26, 2010
Open Document
Text Preview
PENGENALAN

Taipei 101 merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Dubai dan pernah tersenarai sebagai bangunan tertinggi bagi tahun 2004. terletak di bahagian timur kawasan perindustrian Taipei dan merupakan tanda mercu untuk Taipei. KTRT JV adalah kontraktor utama bagi projek ini dan mengendalikan projek tersebut dengan jayanya.

PDCA CYLE pula dilantik oleh KTRT JV bagi mengawal jadual projek, kualiti, keselamatan dan juga kos yang terlibat bagi projek ini. Semasa tempoh pembinaan, terdapatkejadian gempa bumi dan menyebabkan kerja-kerja projek Taipei 101 tergendala selama setengah tahun. Tetapi selepas meneliti kembali projek tersebut, KTRT JV menyambung kembali projek tersebut dan telah berjaya menamatkan projek mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak pemaju.

SEJARAH

Dengan berinspirasikan motif pokok buloh Taiwan, bangunan Taipei 101 telah dinobatkan sebagai menara tertinggi di dunia pada tahun 2003 sehingga 2007. Dengan ketinggian 508 m (1667 kaki), menara ini telah mengatasi ketinggian Petronas Twin Tower, Malaysia. Menara ini dibuka sepenuhnya pada 31 disember 2004 sempena malam sambutan tahun baru dengan besertakan persembahan bungfa api secara langsung. Acara tersebut telah dirasmikan oleh Presiden Taiwan, Chen Shui-bian, Datuk Bandar Taipei, Ma Ying – jeou dan Speaker Parlimen Wang Jin-pyng. Manakala bumbung Taipei 101 disiapkan pada 1 Julai 2003 dalam satu upacara yang diketuai oleh Datuk Bandar Ma Ying-jeou dan puncak menara dipasang pada 17 Oktober 2003.

Pada mulanya, pemilihan rekabentuk manara ini adalah peringkat paling mencabar dimana ia mengambil kira faktor taufan dan gempa bumi. Bagi menyeimbangkan menara, sebuah “tuned mass damper system” telah dipasangkan pada struktur. Sebuah struktur keluli berbentuk bulat dengan berat 800 tan metrik diletakkan di tingkat 88 dan akan dapat dilihat dari restoran dan tempat pemerhati. Sistem tersebut akan mengagihkan tekanan daripada struktur bangunan kepada keluli bulat tersebut menyebabkan tekanan menjadi stabil. Menara Taipei mempunyai 198 347 m2 ruangan pejabat, 77 033 m2 ruangan untuk di sewa dan 83 000 m2 ruangan letak kenderaan untuk lebih 1 800 buah kenderaan dimana mengandungi pasar raya setinggi enam tingkat, kedai-kedai, restoran dan daya tarikan lain contohnya kelab malam. Taipei 101 mempunyai 101 buah tingkat di atas tanah dan lima di bawah tanah di mana 66 buah tingkat daripadanya adalah bangunan pejabat.

Antara tarikan utama menara Taipei 101 ini ialah ia mempunyai lif berkembar paling laju di dunia dengan kepantasan puncak mencapai 16.83 meter per saat (63 km/j). Lif yang telah disedia oleh Toshiba ini mampu membawa pengunjung daripada tingkat bawah ke tingkat 89 dalam masa kurang daripada 29 saat. Pengunjung juga boleh menaiki tangga ke balai pemerhati di tingkat ke-91. Disambing itu, bangunan ini mempamerkan penggunaan gentian optik dan capaian internet menggunakan satelit yang mencapai kelajuan sehingga 1 gigabit per saat.

Menara Taipei 101 telah dipasangkan dengan teknologi mengawal kesan bencana alam yang diletakkan di tingkat 88. Fungsi sistem ini adalah untuk mengawal kestabilan bangunan terhadap ancaman gempa bumi, taufan dan angin dan ia mampu mengurangkan 40 % pergerakan menara tersebut. Sejarah pembinaan menara Taipei 101:

i. Acara pecah tanah berlangsung pada 13 Januari tahun 1998 dan pihak berkenaan merancang untuk menaikkan tingkat menara daripada 66 tingkat kepada 101 tingkat. ii. Lanjutan daripada perubahan tingkat tersebut, pembinaan terpaksa ditangguhkan. Tiang pertama menara dibina pada musinm panas tahun 2000. iii. Pada 31 Mar 2002, sebanyak 5 orang pekerja terbunuh apabila berlaku kejadian gempa bumi yang menyebabkan 2 buah kren tumbang daripada tingkat 56. berikutan kejadian tersebut, projek di hentikan dan disambung kembali selepas melakukan penilaian semula. iv. Perasmian bumbung berlangsung pada 1 julai 2003.

v. Pada bulan Ogos 2003, menara Taipei 101 telah mendahului...
tracking img