Tabiat Memakan Makanan Segera Di Kalangan Remaja

Only available on StudyMode
  • Pages : 48 (10770 words )
  • Download(s) : 1581
  • Published : April 11, 2011
Open Document
Text Preview
BAB 1
LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1Pengenalan

Dalam alaf baru ini, makanan segera semakin mendapat sambutan dalam masyarakat kita. Majoriti dalam masyarakat kita telah menjadikan makanan tersebut sebagai penyumbang utama kepada keperluan pemakanan seharian, maka premis-premis makanan segera bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Trend mengambil makanan segera telah menjadi gaya hidup dalam arus pemodenan yang diamalkan oleh masyarakat kita terutamanya oleh golongan pelajar. Sekiranya tidak memakan makanan segera, mereka akan dianggap ketinggalan zaman. Pengambilan makanan segera oleh pelajar boleh dipengaruhi oleh pelbagai aspek, baik oleh faktor dalaman atau faktor luaran.

Fenomena ini menunjukkan bahawa masyarakat terutamanya ibu bapa kurang mengambil berat tentang amalan pemakanan anak-anak mereka. Mereka hanya mengikut kehendak dan pilihan anak-anak tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Kesedaran tentang amalan pemakanan makanan yang seimbang dan sihat adalah rendah dalam kalangan ibu bapa. Kebanyakan mereka sendiri juga tidak mengamal amalan pemakanan yang sihat. Ibu bapa kurang berpengetahuan tentang kandungan yang terdapat dalam makanan segera.

Di sekolah pula, walaupun pendedahan tentang piramid makanan yang sepatutnya diamalkan oleh pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Biologi dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, namun dari segi amalannya pada pelajar seolah-olah tidak menerapkan apa yang dipelajari oleh mereka. Fenomena ini dikaitkan dengan pengaruh atau faktor-faktor tertentu yang lebih kuat dan boleh menyebabkan para pelajar tidak menghiraukan kepentingan amalan pemakanan yang sihat. Faktor yang berkaitan dengan pelajar itu sendiri iaitu faktor dalaman seperti latar belakang sosioekonomi keluarga dari aspek pendapatan dan ibu yang bekerja serta tempat tinggal, cita rasa dan gaya pemakanan pelajar amat berpengaruh dan menentukan pengambilan makanan segera dalam kalangan pelajar.

Sementara itu, pertumbuhan premis-premis makanan segera yang semakin berkembang pesat telah menjadi faktor tarikan kepada orang ramai, terutama pelajar-pelajar untuk menjadikan tempat ini sebagai tempat untuk menikmati makan pagi, tengah hari atau makan malam serta tempat untuk mereka melepak, mengadakan temujanji dengan rakan-rakan atau menyiapkan kerja-kerja tugasan sekolah. Kemudahan-kemudahan dan keselesaan yang disediakan serta promosi atau iklan yang menarik yang digunakan oleh pengusaha-pengusaha makanan segera ini juga telah menjadi daya tarikan kepada para pengunjung muda. Di samping itu, usaha pihak francaisor makanan segera untuk memikat para pelanggan dengan memperkenalkan pelbagai menu makanan segera yang mengikut cita rasa pelanggan juga menjadi faktor tarikan kepada para pengunjung ke premis-premis makanan segera ini. Faktor-faktor luaran ini juga menjadi sebab pelajar-pelajar suka makanan segera.

Sebagai rumusan, faktor dalaman dan luaran merupakan pembolehubah-pembolehubah yang penting dalam mempengaruhi amalan pemakanan makanan segera dalam kalangan pelajar. Ini bermakna kedua-dua faktor tersebut merupakan aspek yang mempunyai nilai dalam melihat sejauh mana amalan pemakanan makanan segera pelajar dipengaruhi.

1.2Penyataan Masalah

Tuntutan kerjaya dan kebendaan dalam kalangan ibu bapa dan kepesatan industri makanan segera menyebabkan generasi muda kini menghadapi krisis amalan pemakanan yang seimbang. Kebanyakan remaja kini lebih suka makanan segera berbanding dengan makanan yang dimasak di rumah. Tidak hairanlah sekiranya kita lihat premis-premis makanan segera menjadi tumpuan para remaja dan kanak-kanak.

Gaya dan amalan pemakanan makanan segera dalam kalangan anak-anak remaja terutama pelajar-pelajar ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor-faktor ini saling berkait dan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi amalan pemakanan mereka.

Faktor dalaman mencakupi tempat tinggal pelajar, status ekonomi keluarga pelajar, ibu...
tracking img