Swot Analysis Nestle

Only available on StudyMode
  • Pages : 16 (4007 words )
  • Download(s) : 137
  • Published : August 26, 2010
Open Document
Text Preview
1

PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM : PERSPEKTIF MALAYSIA
Oleh Hj. Abdul Ghani Samsudin

Pendahuluan Pembangunan ekonomi memang merupakan titik keperihatinan ramai bijak pandai . Baik cendikiawan muslim mahupun bukan muslim. Tajuk ini memang luas dan menyentuh berbagai aspek kehidupan. Namun yang hendak difokaskan oleh penulis dalam kesempatan ini ialah menjelaskan maksud pembangunan ekonomi dari sudut Islam dan merumuskannya dari perspektif individu atau rakyat Malaysia yang mempunyai berbagai keturunan dan agama. Meskipun ekonomi merupakan suatu bidang dan dimensi yang khusus dalam kehidupan manusia namun pembangunannya tidak terlepas dari dimensi dan aspek-aspek lain yang melatari perkembangan masyarakat manusia itu sendiri. Sebab itu persepsi Islam mengenai pembangunan ekonomi tidak memecingkan mata untuk membangun keseluruhan prasarana dan dimensi yang ikut melatari pembangunan ekonomi secara langsung atau tidak langsung. Justeru pembangunan alam benda berkait rapat dengan pembangunan alam rohani, jati diri dan nilai sosio-budaya. Perbincangan mengenai tajuk ini merangkum perbincangan tentang konsep pembangunan, unsur-unsur pembangunan, asas pembangunan, matlamat dasar pembangunan, reformasi dan pembangunan ekonomi di Malaysia,kesan globalisasi terhadap pembangunan, dan sebagainya. Konsep Pembangunan Ekonomi Menurut Dr Abdul Ghani ‘Abod : Adams mendefinisikan Economic Growth sebagai : ‫"ﺗﺤﻮل ﻣﺴﺘﻤﺮ, واﻋﺎدة ﻟﺘﻮزﯾﻊ اﻟﻤﻮارد وﻛﺎن اﻟﺘﺤﻮل ﻣﻦ اﻟﻨﺎﺣﯿﺔ اﻟﺘﺎرﯾﺨﯿﺔ ﻣﻦ اﻟﺰراﻋﺔ اﻟﻰ اﻟﺼﻨﺎﻋﺔ, وﻣﻦ ﺛﻤﺔ اﻟﻰ‬ "‫اﻟﺨﺪﻣﺎت‬ “Perkembangan atau peralihan yang berterusan, merangkum pengagihan semula sumber-sumber kekayaan. Perkembangan dari sudut sejarahnya dari era pertanian kepada era industeri dan dari tahap itu kepada era perkhidmatan.” . i Namun menurut Dr Abdul Ghani definisi ini akan dilihat sebagai suatu definisi yang sempit kecuali pengertian proses peralihan tersebut difahami secara meluas; merangkum perubahan dalam setiap aspek kehidupan.ii Samaada pembangunan merangkum atau tidak aspek pertumbuhan namun umum berpendapat bahawa Economic Growth juga bermakna Economic

2 Development secara lumrah. Kedua-duanya saling kait mengait dan diperlukan dalam negara membangun. Sebenarnya konsep pembangunan ekonomi Islam bertolak dari pengembangan sumberdaya manusia (human capital) dan penguasaan teknologi sebagai penggerak utama (driving force) pembangunan ekonomi. Pengembangan sumber daya manusia merangkum seluruh potensi dan keberdayaan dan kualiti kemanusiaan dari sudut rohani dan moral. Pembangunan ekonomi merangkum pembangunan sistem kewangan dan dasar perniagaan global yang adil. Ia juga merangkum pemerataan kebebasan sosial, keadilan ekonomi, pengembangan teknologi, usaha mempelbagaikan sumber dan sebagainya.

Sebuah negara dikira sebagai negara membangun berasaskan kadar piawaian atau kategori tertentu. Kategori diukur berdasarkan Keluaran Negara Kasar per kapita bagi sesebuah negara. Sesebuah negara dikatakan membangun apabila telah melalui pertumbuhan ekonomi dan perubahan struktur ekonomi. Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan pendapatan (keluaran negara per kapita) manakala perubahan struktur ekonomi ialah perubahan kepentingan sektor kepada perindustrian, peratus penduduk bandar yang tinggi, jangka hayat semasa lahir yang panjang dan kadar buta huruf yang rendah, serta pendedahan kepada arina antarabangsa dan sebagainya.

Pembangunan dalam Islam merangkum spectrum sistem nilai dan idea, sistem sosial yang mengandungi sitem kekeluargaan, politik, ekonomi, pelajaran, undang-undang dan peralatan budaya seperti penciptaan alat-alat keperluan hidup, kemudahan pengangkutan, bangunan, mesin, jentera, alat media massa, komputer dan lain-lain. Menurut Habakkuk( 1981,14): Economic development is an immensely complicated process. It is not just a matter of natural resources capital and labour. It is part of the whole social development of a society, it depends not merely on economic circumstances but on social structure and the attitudes...
tracking img