Strategies for Resolving Conflict

Only available on StudyMode
  • Pages : 6 (1738 words )
  • Download(s) : 194
  • Published : March 24, 2011
Open Document
Text Preview
Teori-Teori Tingkah Laku Negatif Azizi Yahaya & Muhamad Jumat Aliju Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Abstrak : Artikel ini membincangkan tentang tingkah laku negatif di kalangan pelajar. Terdapat beberapa teori tentang tingkah laku negatif yang wujud seperti teori pembelajaran sosial, teori kekecewaan-agresif dan teori ajukan sosial. Katakunci : teori tingkah laku negatif, teori pembeljaran sosial, teori kekecewaan-agresif, teori ajukan sosial Pengenalan Terdapat beberapa teori tentang tingkah laku negatif yang telah diguna pakai di dalam kajian yang lepas. Teori-teori ini dapat menghuraikan punca wujudnya keadaan tingkah laku negatif dikalangan remaja. Antara teori-teori yang telah diguna pakai dalam kajian lepas adalah: Teori Pembelajaran Sosial (Albert Bandura) "Teori Pembelajaran Sosial" yang telah diperkenalkan oleh Albert Bandura (1977). Di dalam teori ini menekankan tentang aspek interaksi antara manusia dengan persekitarannya. Terdapat bebrapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku anti sosial pelajar remaja, iaitu kelakuan pelajar itu sendiri, pengaruh persekitaran dan interaksi kognitif. Namun menurut Bandura (1977) latihan pemerhatian atau modeling adalah amat penting dalam pembentukan tingkah laku agresif. Teori pembelajaran sosial yang diaplikasikan oleh Bandura (1973) juga merumuskan bahawa perkara utama yang sering dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja ialah melalui pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain, khususnya orang yang signifikan dengan mereka. Menurut Mahmood (2001), tingkah laku agresif dipelajari daripada persekitaran sosial seperti interaksi dengan keluarga, rakan sebaya, media massa dan konsep kendiri individu. Oleh kerana manusia dipengaruhi oleh persekitaran mereka, maka remaja akan memilih salah satu daripada pengaruh persekitaran mereka untuk ditauladani. Jika tingkah laku negatif ditunjukan oleh ibu bapa, maka remaja akan terikut-ikut kepada tingkah laku ibu bapa tersebut dan jika ia ditunjukan oleh rakan sebaya remaja, ia juga akan menjadi ikutan remaja. Menurut Bandura (1977), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku anti sosial pelajar remaja, iaitu kelakuan pelajar itu sendiri, pengaruh persekitaran dan interaksi kognitif. Pendekatan teori pembelajaran sosial juga menekankan kepentingan penilaian kognitif

dan emosi. Teori ini memperlihatkan pengaruh-pengaruh sedar dan penentu-penentu sosial ke atas personaliti. Menurut Bandura (1977), latihan pemerhatian atau modeling adalah amat penting dalam pembentukan tingkah laku agresif. Ibu bapa merupakan model utama bagi kanak-kanak. Jika ibu bapa menunjukkan tingkah laku devian yang agresif di hadapan kanak-kanak, maka kanak-kanak akan mudah meniru tingkah laku tersebut. Begitu juga ibu bapa yang sering bertingkah laku devian akan mewariskan tingkah laku tersebut kepada anak-anak mereka. Rajah 1: Konsep Determinisme Timbal Balik Dalam Teori Pembelajaran Sosial. Dalam Teori Pembelajaran Sosial Bandura dan Mischel (1986), mereka menyatakan ada beberapa perbezaan manusia atau ‘pemboleh ubah individu’ berinteraksi dengan sekitaran bagi mempengaruhi tingkah laku mereka pada masa akan datang.

B

E

B = Tingkah laku P = Kognitif, persepsi dan peristiwa dalaman yang mempengaruhi. E = Alam sekitaran luaran

Rajah 1: Konsep Determinisme Timbal Balik Dalam Teori Pembelajaran Sosial. Beberapa angkubah individu tersebut adalah seperti berikut : i. Kebolehan - apa yang terupaya atau boleh dilakukan oleh seseorang itu seperti kecerdasan, kebolehan fizikal dan lain-lain. ii. Strategi pengkodan - cara bagaimana manusia memilih dan menumpukan perhatian kepada rangsangan luaran, mengkodkan dan membentuk kategori-kategori yang bermakna bagi dirinya. iii. Apa yang diharapkan - hasil daripada sesuatu tingkah laku yang dipaparkan oleh individu berkenaan. iv. Nilai subjektif - adakah sesuatu tingkah laku itu lebih bermakna bagi seseorang berbanding dengan individu yang lain. v. Sistem pengendalian - apakah cara yang...
tracking img