Stereotaip Jantina Dalam Iklan Di Malaysia.

Only available on StudyMode
  • Pages : 26 (7048 words )
  • Download(s) : 1401
  • Published : September 14, 2010
Open Document
Text Preview
STEREOTAIP JANTINA DALAM IKLAN DI MALAYSIA.
1.0 Pengenalan
Peningkatan persaingan dalam pemasaran sesuatu produk menyebabkan organisasi di negara ini cuba menilai dan menganalisis strategi pemasaran yang lebih kompetitif dalam memasarkan produk mereka. Pengaruh iklan yang menjadi aset penting menyumbang kepada pemasaran sesuatu produk adalah bergantung kepada individu yang mengiklankan produk tersebut iaitu model. Kecenderungan penggunaan jantina dalam kebanyakkan iklan di Malaysia adalah faktor penentu yang menentukan pemasaran sesuatu produk. Jantina juga memainkan peranan penting dalam pemasaran produk kerana masyarakat akan lebih terpengaruh dengan sesuatu iklan berdasarkan jantina yang bertentangan dengan diri mereka. Misalnya, khalayak lelaki akan lebih gemar menonton iklan yang memperlihatkan wanita cantik dan begitulah sebaliknya. 1.1 Permasalahan kajian

Berdasarkan pemasalahan yang diperolehi setelah mengkaji mengenai tajuk ini maka bidang yang dikaji adalah iklan media cetak manakala isu yang dikaji pula ialah kecenderungan jantina yang terdapat dalam iklan media cetak tersebut. Iklan merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh kebanyakkan organisasi untuk memasarkan produk mereka. Di dalam sesebuah iklan, pengiklan akan cuba menimbulkan isu-isu yang boleh menjadi daya penarik kepada khalayak untuk membeli produk yang diiklankan tersebut. Pengiklan akan cuba mempengaruhi khalayak dengan mempersembahkan model lelaki atau wanita sebagai pelaris terhadap sesebuah produk. Mereka akan bertanggungjawab untuk memprmosikan barangan tersebut kepada khalayak dengan tujuan agar khalayak terpengaruh dan membeli produk yang diiklankan mereka. Menurut satu laporan yang dilaksanakan oleh Division Advancement Women (DAW) (2005), jurang jantina masih wujud dalam kebanyakan negara. Menurut Butler (2000), kecenderungan jantina masih lagi wujud dalam mempromosikan sesuatu barangan dimana barangan yang bermotifkan teknologi komputer masih lagi dikuasai oleh golongan lelaki manakala golongan wanita hanya bertindak sebagai penyeri dan juga daya penarik bagi iklan tersebut namun pendapat ini hanya disokong oleh sebilangan individu sahaja kerana terdapat kajian yang menunjukkan golongan wanita juga memainkan peranan utama dalam kebanyakkan industri periklanan di media cetak. 1.2 Persoalan kajian

Oleh yang demikian, timbul persoalan adakah pengiklan-pengiklan tempatan mempunyai strategi periklanan yang berkesan untuk mengiklankan produk mereka kepada khalayak tertentu menerusi saluran media. Adakah khalayak sedar dan menerima iklan yang dipaparkan di Malaysia? Apakah faktor pembujukan yang menjadi tarikan kepada kebanyakkan khalayak di Malaysia? Kajian ini memberi fokus kepada persoalan-persoalan berikut: i.Adakah terdapat ketidaksamaan taraf jantina yang digunapakai oleh pengiklan untuk memasarkan sesuatu produk? ii.Sejauhmanakah perbezaan kecederungan pemilihan model dalam mempromosikan produk di media cetak? 1.3 Objektif kajian

Umumnya kajian ini adalah untuk mengenalpasti kecenderungan jantina dalam iklan media cetak di Malaysia. i.Mengenalpasti taraf antara jantina yang terdapat dalam iklan di Malaysia. ii.Mengenalpasti penyampaian ikon wanita didalam iklan di Malaysia. 1.4 Signifikan Kajian

Kajian ini yang merujuk kepada Social Judgement Theory (SJT), diharapkan dapat memberi beberapa faedah selepas ini kepada aspek ilmiah iaitu : i-Membantu menambahkan maklumat mengenai isu stereotaip jantina dalam iklan media cetak khususnya di Malaysia ii-Memberi pengetahuan dan pendapat baru tentang isu taraf penggunaan model mengikut jantina di Malaysia. iii-Memberi pengetahuan baru kepada penyelidik dalam mengaplikasikan teori pembujukan dan penerimaan dalam penggunaan model bagi iklan komersial yang melibatkan jantina di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga memberi faedah kepada aspek yang lain iaitu pragmatik yang melibatkan pengiklan, masyarakat, dan kerajaan iaitu: i-Memberikan maklumat kepada pihak pengiklan...
tracking img