Seniman Dan Lain

Only available on StudyMode
  • Pages : 5 (1569 words )
  • Download(s) : 505
  • Published : April 18, 2011
Open Document
Text Preview
Tajuk : Perbandingan di antara Syed Ahmad Jamal dan Abdul Latif Mohidin. Seperti negera-negara barat yang sentiasa terkenal dengan kesenian tersendiri, negara kita juga tidak ketinggalan dari segi memertabatkan kesenian budaya dan warisan masing-masing di mana kita mempunyai ciri-ciri kesenian tersendiri. Ibarat pepatah yang mengatakan “di mana ada semut, di situ ada gula” begitulah juga dengan seni dan juga senimannya. Jika negara-negara barat mempunyai seniman yang terkemuka seperti Leonardo da Vinci dan juga Pablo Piccaso, negara kita juga mempunyai seniman-seniman yang tidak kurang hebatnya seperti Mohd. Hussien Enas, Syed Ahmad Jamal, Abdul Latif Mohidin dan ramai lagi yang telah bergiat aktif dalam bidang seni. Untuk tugasan ini, saya hanya akan mengkaji tentang dua orang seniman tanah air yang sememangnya berbakat dalam bidang seni iaitu Syed Ahmad Jamal dan juga Abdul Latif Mohidin.

Syed Ahmad Jamal
Syed Ahmad Jamal merupakan seorang seniman yang tidak asing lagi dalam sejarah seni lukis negara. Beliau telah dilahirkan pada 19 September 1929 di Bandar Maharani, Muar Johor. Beliau juga merupakan antara pelukis awal yang memperkenalkan catan abstrak dan beliau telah diberi gelaran sebagai “Bapa Catan Abstrak Malaysia” dan sebagai salah seorang “A Pioneer of Abstract Art”. Ketika belajar di luar negara, beliau telah banyak menimba pengalaman dan pengetahuan yang meluas tentang aliran Abstrak Ekspresionisme di mana beliau telah mempraktikkannya dengan cara mengolah bentuk-bentuk yang menarik. Ini bersesuaian dengan cinta beliau terhadap kehidupan alam semula jadi dan kemanusiaan. Syed Ahmad Jamal dapat menggambarkan pertalian yang erat di antara objek sebagai dua buah entiti yang saling berinteraksi dan berhubungan dalam satu kesatuan. Pengalaman yang diperolehi oleh Syed Ahmad Jamal dengan meluas telah membuahkan banyak hasil karya di mana makna disebalik karya yang beliau hasilkan dapat di hayati apabila beliau mampu menguasai lenggokkan berus serta kesan palitan warna cerah yang bertenaga. Seperti dalam karyanya yang bertajuk “Pohon Nipah” (1957). Melalui catan ini, kita dapat melihat bagaimana Syed Ahmad Jamal mnggunakan palitan warna-warna yang tebal serta sapuan berus yang cukup bertenaga dan spontan. Apakah makna sebenar yang tersirat di sebalik karya catan tersebut? Pohon nipah melambangkan manifestasi dalaman Syed Ahmad Jamal terhadap alam semula jadi di negara kita. Pohon nipah pada kebiasaannya ditemui di persisiran pantai. Pohin nipah merupakan satu tumbuhan yang serbaguna di mana hampir ke semua strukturnya digunakan di dalam kehidupan seharian. Pohon nipah ini biasanya dikaitkan dengan kehidupan masyarakat melayu di negara kita di mana pohon nipah menjadi salah satu sumber pendapatan bagi masyarakat kampung yang tinggal di persisiran pantai atau sungai. Daun nipah boleh dijadikan atap-atap rumah.masyarakat melayu cenderung menggunakan daun nipah untuk dijadikan atap-atap rumah. Selain itu, pohon nipah juga menghasilkan manisan dan minuman yang berkhasiat untuk tubuh badan. Tidak lupa juga terhadap isi buahnya yang sungguh enak apabila dimakan.

“Pohon Nipah”, 1957, cat minyak ukuran 88 × 84 in.
(Sumber : Balai Seni Lukis Negara.)

Syed Ahmad Jamal memulakan kerjayanya sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor kemudian pada tahun1958 hingga 1959, beliau diminta untuk menjadi pembimbing seni di Malayan Teachers College, Kirby, England dan sekembalingadari England, beliauditugaskan sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Ilmu Khas , Cheras. Pada ketika inilah Syed Ahmad Jamal mengembangkan lagi aliran Abstrak Ekspresionisme nya menerusi keistimewaan yang terpancar daripada karya-karya beliau sendiri. Setelah itu,beliaudilantik sebagai pegawai kanan di Kementerian Pendidikan Malaysia dan padaawal tahun 1070-an beliau telah dilantik sebagai pengerusi bagi menggubal Sukatan Pelajaran Seni Lukis. Pada tahun 1978 hingga tahun 1989 beliau telah bertugas sebagai pengarah di...
tracking img