Page 1 of 3

Semangat gotong-royong di kalangan masyarakat pada hari ini semak...

Continues for 2 more pages »
Read full document

Semangat gotong-royong di kalangan masyarakat pada hari ini semakin luntur. Cadangkan langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengembalikan semangat berkenaan.

  • By
  • August 15, 2008
  • 645 Words
  • 10551 Views
Page 1 of 3
Amalan gotong-royong merupakan suatu tradisi yang diperturunkan daripada nenek moyang kita. Bergotong-royong bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai dan secara sukarela. Pada zaman dahulu kala, semangat gotong-royong adalah begitu kental. Seluruh masyarakat kampung akan menghulurkan pertolongan, tidak kira sama ada kematian, kenduri-kendara, musim menanam dan menuai atau semasa mendirikan rumah.

Namun, semangat gotong-royong dikatakan kian luntur selaras dengan perubahan waktu. Salah satu sebabnya dikaitkan dengan masyarakat kini yang lebih bersifat materialistik. Pada zaman nenek moyang kita, sesuatu kerja dapat dilakukan secara bersama dan bermuafakat dengan tidak terbabit perhitungan upah atau kewangan. Tetapi pada zaman moden kini, setiap sesuatu perkerjaan, usaha dan kegiatan dikaitkan dengan konsep upah.

Masyarakat moden sentiasa mengejar kemajuan. Kemajuan pula dikaitkan dengan kebendaan. Umumnya aspek kerjasama dan semangat gotong-royong tidak mendapat perhatian daripada anggota-anggota masyarakat. Untuk mengikis gejala yang kurang sihat ini, kempen kebersihan merupakan salah satu langkah yang boleh mengembalikan semangat gotong-royong. Jika projek gotong-royong membersihkan kewasan sekitar anda diadakan masalah kebersihan dapat ditangani dalam hanya beberapa jam sahaja, di samping membersihkan kawasan sekitar, penduduk-penduduk dapat mengeratkan perhubungan dengan kempen yang bermakna ini. Kempen ini juga boleh membuktikan bahawa perhubungan dan kerjasama di kalangan penduduk kental dan mantap. dengan penjalanan projek kempen kebersihan, mestilah semangat gotong-royong dapat dihidupkan semula di kalangan masyarakat kini.

Di samping itu, pelancaran projek Rukun Tetangga juga merupakan salah satu langkah yang boleh dijalankan bagi membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Rukun Tetangga memainkan peranan penting dalam sesebuah komuniti bukan saja sebagai saluran mengeratkan perpaduan...