Read full document

Sejarah Komenwel.

  • By
  • Feb. 25, 2011
  • 2352 Words
  • 1 View
Page 1 of 10
1. SEJARAH KOMANWEL

Komanwel merupakan pertubuhan antara 53 buah negara yang telah merdeka.

Semua negara bekas jajahan British yang telah merdeka dan berdaulat diterima menjadi anggota penuh komanwel. Manakala mana-mana wilayah atau negara yang masih lagi dijajah menjadi ahli bersekutu. Kini, negara- negara Komanwel hanya dianggotai oleh 49 buah negara. Hal ini kerana, 4 buah negara iaitu Ireland, Afrika selatan, Pakistan, dan Fiji telah mengundurkan diri dari menjadi anggota Komanwel.

Komanwel ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1931 oleh Parlimen British yang merupakan asalnya idea daripada Lord Rosebury, Menteri Luar Britain melalui Statut Westminister. Penubuhan ini diketuai oleh Ratu England iaitu Queen Elizabeth II

Pada tahun 1965, Sekretariat Komanwel telah ditubuhkan dan London merupakan ibu pejabatnya. Kewujudan Sekretariat Komanwel dapat membantu negara-negara anggota Komanwel dalam pelbagai perkara seperti pengurusan hutang, membangunkan pasaran modal tempatan, dan menyusun semula struktur ekonomi.

Pertubuhan Komanwel merupakan sebuah pertubuhan negara-negara bekas jajahan British yang telah merdeka. Pertubuhan ini adalah sebagai satu lambang penjalinan rangkaian persahabatan secara berkesan untuk mengekalkan tanah-tanah jajahan sebagai negara-negara yang masih bersatu bukan sahaja dengan Britain, malah dengan tanah jajahan seperti Australia, New Zealand, Kanada, United Kingdom(Britain), India dan Sri Lanka. Kini, Komanwel dianggotai oleh 49 buah negara termasuk Malaysia (Abu Hassan 1989 : 137)

2.0 OBJEKTIF KOMANWEL

Setiap pertubuhan itu mempunyai objektif tersendiri. Begitu juga dengan Pertubuhan Komanwel ini. Komanwel mempunyai tiga objektif utama. Objektif yang paling jelas kelihatan adalah memberi kemudahan serta faedah diantara kesemu negara- negara anggota. Selain itu, pertubuhan ini bukan sahaja meweujudkan hubungan diplomatik malah dapat bekerjasama dalam ekonomi, alam sekitar, dan...