Sample

Only available on StudyMode
  • Pages : 9 (2218 words )
  • Download(s) : 327
  • Published : March 10, 2011
Open Document
Text Preview
1.1Pendahuluan
Penyelidikan selalu dikaitkan dengan data numerika. Melalui penyelidikan kuantitatif, data numerika yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan ujian statistik. Variabel-variabel dalam sesuatu fenomena di bawah kajian dioperasikan dan masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis.

Oleh itu sebelum penyelidik memulakan kajian merea perlulah mematuhi beberapa peringkat prosedur menjalan penyelidikan. Semua ini dapaat diringkaskan sebagaiman di bawah: i. Mengenal pasti maklumat yang dikehendaki dan sumbernya. ii. Mengumpul data

* Memilih teknik penyelidikan yang bersesuaian.
* Mendefinisikan soalan-soalan (varaibles).
* Menentukan sampel.
* Menjalankan soal selidik.
iii. Menganalisa data
* Mengumpul dan mengemaskinikan data soal selidik
* Menganalisa pengagihan jawapan bagi setiap soalan (variable) * Menganalsia kaitan antara soalan-soalan (variables).
* Mentafsirkan analisis yang telah dijalankan.
Penyelidikan kuantitatif boleh dilakukan melalui kajian deskriptif atau kajian inferensi. Dalam kajian- kajian deskriptif, data dikumpul daripada populasi dan statistik asas seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan taburan skor dilaporkan, manakala dalam kajian inferensi, satu sampel subjek dipilih secara rawak daripada populasi kajian dan data numerika dikumpul daripada sampel tersebut untuk diuji dengan menggunakan ujian statistik. Hasil kajian sampel tersebut digeneralisasikan kepada seluruh populasi di bawah kajian.

Terdapat tiga kaedah untuk mendapatkan persampelan mewakili keseluruhan populasi kajian iaitu seluruh populasi, sampelan rawak dan sampelan tidak rawak. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1998). 2.0PENSAMPELAN

2.1Pemilihan sampel boleh dibahagikan kepada:
Persampelan berkebarangkalian (dipilh secara rawak), iaitu: i. Sampel rawak mudah
ii. Sampel sistematik
iii. Sampel berstrata
iv. Sampel berkelompok  
2.1Persampelan tidak berkebarangkalian (tidak dipilih secara rawak), iaitu: i. Sampel kuota
ii. Sampel “bola salji”
iii. Sampel pertimbangan
 3.0Sampel kebarangkalian
3.1Pensampelan rawak mudah (Simple Random Sampling)
* Ia merupakan teknik pensampelan yang asas.
* Ia memerlukan senarai kesemua calon yang berkemungkinan di pilih. * Setiap individu mempunyai kebarangkalian yang sama untuk di pilih berbanding calon lain. * Nama calon yang telah dipilih tidak akan dimasukkan semula kedalam senarai pencalonan. * Masaalah dengan teknik ini ialah apabila senarai kesemua calon tidak ada atau tidak lengkap  

Contohnya: Pilih satu nombor dari nombor-nombor berikut:
2317694532 456 22 89
(kebarangkalian bagi setiap nombor dipilih ialah 1/12)  
3.2Pensampelan sistematik (Systematic sampling)
* Sistem ini juga memerlukan senarai kesemua calon yang berkemungkinan untuk dipilih. * Pemilihan calon adalah dibuat dengan memilih setiap k sampel dari senarai tersebut (dimana k adalah: senarai calon sampel yang diperlukan).   Contoh cara pengiraan:

Senarai calon = 100 orang
Sampel yang di perlukan = 20 orang, maka, k = 5
Untuk mencari calon pertama, pilih satu nombor secara rawak dari 1 hingga 5. Contohnya, jika nombor 3 dipilih, maka nombor seterusnya adalah 3+5 = 8 (dan nombor seterusnya adalah 8+5, 13 +5, dsb).   Masaalah teknik ini akan timbul apabila:

* tiada senarai calon yang lengkap,
* terdapat trend pada senarai yang boleh menyebabkan bias, 3.3Pensampelan berstrata (Stratified Samping)
* Teknik ini membahagikan sampel mengikut kumpulan terlebih dahulu sebelum pemilihan sampel dibuat. * Kaedah ini digunakan bagi memastikan sampel yang dipilih diwakili secukupnya oleh sesebuah golongan spesifik atau golongan minoriti yang dikehendaki.   Contoh 1,

Pecahan kaum bagi 10,000 penduduk adalah 80% melayu, 18% cina dan 2% india. Pemilihan 100 sampel...
tracking img