Revolusi Industri

Only available on StudyMode
  • Pages: 13 (3450 words)
  • Download(s): 712
  • Published: October 19, 2010
Read full document
Text Preview
1.0PENGENALAN
1.1 REVOLUSI PERINDUSTRIAN.
Merupakan satu proses perubahan daripada pertanian, ekonomi sara diri kepada industri berasaskan mesin atau jentera dan dalam kehidupan manusia. Selain itu revolusi ini menggambarkan ianya mempunyai pengalaman rumit terhadap perubahan dalam teknologi, masyarakat, perubatan, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan. Penggunaan besi, tenaga-tenaga baru, penciptaan mesin dan jentera yang dapat meningkatkan produktiviti, pembangunan dalam sistem perkilangan, pengangkutan dan komunikasi juga muncul pada era ini. Revolusi ini merupakan titik perubahan yang penting dalam sejarah manusia.

Muncul pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 (1760-1840) di Britain, US dan Eropah Barat. Pada akhir tahun 1700-an, ekonomi Great Britain yang berasaskan tenaga buruh telah digantikan oleh industri dan pembuatan mesin. Setelah itu ianya telah merebak dengan pesat ke Eropah dan Amerika pada abad ke-19. Sebelum era Revolusi Perindustrian, kebayakkan Negara di barat menghasilkan barangan buatan tangan didalam bengkel atau dibangsal-bangsal kecil yang hanya memerlukan seorang pekerja mahir dan beberapa pekerja. Peralatan yang digunakan adalah amat ringkas.

Pelbagai teknologi telah dicipta untuk memudahkan kerja serta meningkat menghasilan barang. Revolusi Perindustrian adalah gabungan daripada Revolusi Pertanian dan Revolusi Penciptaan atau mekanikal.

1.2 REVOLUSI PERTANIAN.
Revolusi ini memperlihatkan perkembangan yang pesat dalam penghasilan produk pertanian. Muncul sekitar tahun 1750 dan 1940, dimana penghasilan makanan dalam Negara telah berubah apabila menyedari populasi masyarakat semakin meningkat dengan pesat. Kebanyakkan peladang menanam sendiri makanan atau hasil pertanian mereka. Tetapi sistem ini tidak berkesan kerana banyak tanah terbiar dan tidak digunakan, sistem saliran yang lemah dan setiap empat tahun mereka terpaksa membiarkan tanah mereka terbiar dan tidak diusahakan.

Awal abad ke-19, peladang mula menggunakan sistem tanaman bergilir (Norfolk Crop Rotation) dimana, setiap tanah dibahagikan kepada empat bahagian. Setiap bahagian akan ditanam dengan hasil pertanian yang berlainan. Apabila permintaan terhadap makanan meningkat, masyarakat mula mencipta beberapa mesin dan jentera untuk memudahkan penanaman hasil pertanian dan penghasilan makanan. Contoh penghasilan mesin untuk pertanian ialah, Mesin penyemai benih / biji oleh Jethro Tull (1701). Mesin ini membolehkan biji benih ditanam dengan mudah dan cepat. Ianya ciptaan pertama yang dapat membantu petani mengurangkan beban kerja. Selain itu, kaedah ini dapat meningkatkan dan mengeluarkan makanan untuk masyarakat yang semakin meningkat. Selain itu, sistem Pembiakan Ternak oleh Robert Bakewell dan Mascagni. Sistem ini diperkenalkan bagi mendapatkan hasil yang baik. Melalui sistem ini juga, hanya baka yang baik dapat dipelihara. Baja kimia diperkenalkan oleh Their, dimana kaedah ini adalah untuk memperbaharui tanah dan meningkatkan pengeluaran produk.

1.3 REVOLUSI PENCIPTAAN / MEKANIKAL
Selepas Revolusi Pertanian mucul pula Revolusi Penciptaan yang muncul pada abad ke-18. Revolusi ini adalah perubahan daripada penggunaan kuasa haiwan dan tenaga manusia kepada penggunaan jentera dan mesin. Dikenali juga sebagai proses ciptaan dan penemuan mesin-mesin, pengalaman baru serta menghasilkan barang dalam jumlah yang banyak. Awal abad ke-18, pembuatan kain berdasarkan bulu kambing biri-biri atau haiwan lain, dimana ianya diproses oleh pekerja mahir. Sistem ini dipanggil Industri Kampung (cottage industry). Pada tahun 1733, permintaan terhadap kapas amat tinggi, tetapi pemghasilan serta pegeluaran amat rendah. Muncul beberapa golongan kapitalis yang mempunyai barangan, wang dan kuasa. Mereka membeli banyak jentera dan mesin untuk diletakkan di dalam kilang. Selain dari itu, golongan ini telah mengupah beberapa orang ramai untuk bekerja sepanjang hari untuk menghasilkan barang. Sistem kilang telah...
tracking img