Realiti Hubungan Kaum Di Malaysia

Only available on StudyMode
  • Pages : 14 (4490 words )
  • Download(s) : 3073
  • Published : October 17, 2010
Open Document
Text Preview
REALITI HUBUNGAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA

PENDAHULUAN
Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut J. S. Furnivall dalam bukunya Natherlands India, masyarakat majmuk merupakan suatu masyarakat yang mengandungi berbagai komuniti yang tinggal bersebelahan tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Secara jelasnya, mereka yang berlainan budaya dan identiti hidup bersama dalam sesebuah kawasan. Perkataan etnik berasal daripada perkataan Inggeris iaitu “ethnic”. Kamus Collins Gem English Dictionary mendefinisikannya sebagai ras (race). Ilmu yang mengkaji berkaitan dengan etnik dikenali sebagai “ethnology” iaitu klasifikasi manusia berasaskan kepada faktor sosial dan kebudayaan. Kajian berkaitan hubungan etnik dengan faktor geografi dan kependudukan dikenali sebagai “ethnography” (Collins, 1983:185). Perkataan ini dipinjam oleh bahasa Melayu yang membawa pengertian yang sama sepertimana yang digunakan di dalam bahasa Inggeris (T. Iskandar, 1970: 272).

Perkataan masyarakat berasal dari perkataan Arab. Kamus Dewan mendefinisikan masyarakat sebagai kumpulan manusia yang bergaul, hidup bersama dan hidup bermasyarakat (T. Iskandar, 1970: 718). Dalam bahasa Inggeris dua perkataan yang digunakan iaitu “society” dan “community”. “Society” membawa maksud hidup bersama dengan orang lain (Colins, 1983: 500). “Community” pula membawa maksud kumpulan individu yang hidup bersama dan mempunyai nilai bersama (Colins, 1983: 100).

Dalam bahasa Arab perkataan masyarakat berasal dari akar kata “syaraka, yusyariku, musyarakatan” membawa maksud bersekutu, berkongsi dan sebagainya. Ia membawa maksud hidup bersama dan bermasyarakat (Idris Al Marbawi, 1950: 320). Perkataan lain yang digunakan dalam bahasa Arab ialah “mujtama’” dari akar kata “jama’a, yajami’u, jam’an” yang membawa erti sebagai kumpulan, kehidupan, pergaulan dan masyarakat (Idris al-Marbawi, 1950: 108).

Kamus al Munjid Fi al Lughah wa al ‘A’lam menjelaskan bahawa perkataan “al thaqafah” adalah perkataan yang paling tepat untuk definisi kebudayaan dalam bahasa Arab. Ia merupakan tingkat-tingkat kemajuan yang dicapai oleh manusia untuk memperbaiki taraf hidup mereka meliputi bidang ilmu pengetahuan, sains, teknologi, ekonomi, bahasa, kesusasteraan, seni rupa, seni bina dan sebagainya (Al-Munjid, 1973: 71). Kamus Collins Gem English Dictionary menjelaskan bahawa perkataan “culture” merupakan perkataan yang paling sesuai untuk definisi kebudayaan dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan cara hidup manusia di dalam kedua-dua bidang iaitu pemikiran dan kebendaan yang meliputi agama, ilmu pengetahuan, sains teknologi, ekonomi, undang-undang, seni bina dan sebagainya. Ia diwarisi dari satu generasi ke generasi lain dan berbeza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain (Collins, 1982: 126). Dalam bahasa Melayu, Kamus Dewan menjelaskan bahawa perkataan kebudayaan berasal dari empat suku kata iaitu “ke, budi, daya” dan “an”. “Ke” dan “an” merupakan penambahan di awal dan di akhir bagi menyempurnakan kata nama. Budi membawa maksud akal atau fikiran. “Daya” pula membawa maksud usaha dan ikhtiar. Ia membawa maksud segala daya usaha manusia untuk mengatasi segala masalah kehidupan mereka dan usaha menyesuaikan diri dengan alam persekitaran. Segalanya tersirat di dalam ilmu pengetahuan, sains, teknologi, ekonomi, falsafah, bahasa, kesusasteraan, seni bina dan sebagainya (T.Iskandar, 1971: 137). Kebudayaan ialah cara hidup dan pencapaian manusia dalam bidang pemikiran dan kebendaan yang meliputi ilmu pengetahuan, falsafah, teknologi, ekonomi, politik, kesenian, bahasa, kesusasteraan dan sebagainya. Malaysia agak unik kerana ia menghimpunkan manusia pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia. Dari...
tracking img