Rancangan Perniagaan

Only available on StudyMode
  • Pages : 13 (2838 words )
  • Download(s) : 120
  • Published : August 13, 2010
Open Document
Text Preview
8.0PEMASARAN

8.1RANCANGAN PEMASARAN PRODUK
Queen Agrotech akan menjalankan penanaman cendawan dimana akan dapat memenuhi keperluan kehendak pasaran dan masyarakat terhadap cendawan.Cendawan bukan sahaja enak dimakan dengan pelbagai masakan ,malah ia juga mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan dan boleh dijadikan ubat bagi merawat penyakit tertentu.Dengan perkembangan bidang bioteknologi,cendawan juga boleh dianggap sebagai penyumbang kerana mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Selain dari itu cendawan juga boleh dikeringkan dan dijadikan serunding jika pemasaran terhadap cendawan segar tidak mendapat permintaan pada waktu-waktu tertentu.

8.1.1PERINGKAT CADANGAN
8.1.1.1Pemasaran akan dilakukan melalui bantuan Lembaga PemasaranPertanian Persekutuan (FAMA). a.Dilakukan bagi membolehkan pengusaha menumpukan perhatian kepada pengurusan dan penanaman. b.FAMA akan membantu dari segi logistik dan pasaran.

c.Memperolehi pengalaman dan kebolehpercayaan sebelum memasuki pasaran terbuka secara sendiri. 8.1.1.2Pembekalan dilakukan melalui kontrak bekalan iaitu konsep jaminan pasaran 100%. 8.1.1.3Pemasaran akan dilakukan sendiri kepada pasaraya, pasar borong, pasar basah dan mana-mana ruang atau kaedah jualan yang ada bagi mendapatkan harga yang maksima.

8.1.1.4Rangkain pembekal (sub-vendor) – networking
Kelebihan kaedah ini ini adalah;
a.Sokongan pembekalan yang mantap bagi memenuhi pasaran sedia ada. Masalah utama pasaran sekarang adalah pembekalan yang tidak konsisten. b.Membantu pengeluar kecil dengan menyediakan ruang pemasaran bagi mereka teruatama pengeluar bumiputera. c.Kegagalan utama mereka adalah kapasiti pengeluaran yang kecil dan kurang upaya menyediakan bekalan konsisten. d.Faktor harga yang perlu diambilkira dengan menetapkan harga minima. Sekiranya harga pasaran cendawan jatuh dibawah harga minima, peningkatan kos akan berlaku dan menyebabkan ramai pengeluar hilang keupayaan operasi.

8.2KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebahagian daripada pelanggan meliputi kepada beberapa jenis pelanggan yang utama iaitu:

1)Pasaraya-Pasaraya Billion,Safeway, Pasaraya Halida,Pasaraya Ikhwan dan Pasaraya ABM Cahaya adalah sasaran pelanggan kami yang terbesar kerana mereka memerlukan cendawan dengan jumlah yang besar untuk dijual kepada pelanggan-pelanggan yang datang ke pasaraya tersebut untuk membeli keperluan harian. 2)Pengusaha restoran-Para pengusaha restoran juga adalah antara sasaran pelanggan kami yang terbesar.Mereka memerlukan cendawan sebagai bahan dalam masakan seperti sup cendawan,tomyam,goreng dan lain-lain masakan yang berasaskan cendawan.Pengusaha restoran yang kami akan bekalkan ialah Restoran Laksamana Cheng Ho,Restoran Tomyam Intan,Restoran Panca dan Restoran Susmita Tomyam. 3)Kantin sekolah-Memandangkan lokasi kami berhampiran dengan sekolah harian dan asrama.Syarikat kami akan menghantar cendawan seminggu sekali sebagai memenuhi menu wajib di kantin sekolah tersebut. 4)Kedai runcit-Queen Agrotech juga turut menyediakan bekalan kepada kedai-kedai runcit sekitar.Mereka adalah sebagai pemborong yang menjual cendawan secara terus kepada pelanggan mengikut permintaan. 5)Pasar-Sasaran pelanggan kami kepada penjual-penjual sayur yang menjual di pasar basah di pasar borong Menglembu,Ipoh dan juga sekitar Taiping serta pasar diKuala Kangsar.Setiap hari meraka memerlukan cendawan bagi bekalan jualan mereka.Cendawan juga merupakan sayur yang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pelanggan mereka. 6)Individu-Selain itu individu-individu juga boleh membeli sendiri cendawan secara terus di bengkel Queen Agrotech untuk keperluan harian para individu tersebut.

8.3SAIZ PASARAN
Rajah 1 Saiz pasaran
Berdasarkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan kumpulan sasaran saiz pasaran merupakan satu bentuk pasaran yang terdiri daripada jualan dan unit produk yang dikeluarkan.Oleh yang demikian ,Queen Agrotech akan menjalankan satu perniagaan...
tracking img