Praktikal Report

Only available on StudyMode
  • Pages : 3 (853 words )
  • Download(s) : 646
  • Published : April 11, 2011
Open Document
Text Preview
UJIAN MAKANAN KANJI

Roti,bijirin,tepung dan nasi merupakan beberapa jenis makanan yang mengandungi kanji.Kanji merupakan sebuah molekul besar yang terdiri daripada polisakarida.Polisakarida adalah karbohidrat kompleks yang terdiri daripada dua kompenen iaitu amilosa dan amilopektin (FSAS UPM).Kandungan amilosa yang terdapat dalam kanji membolehkan sampel makanan yang telah dititiskan iodine berubah menjadi warna biru.Warna biru terhasil apabila struktur heliks yang terdapat dalam kanji bertindak balas dengan kehadiran iodin.Iodin akan bertindak balas apabila terdapat kehadiran kanji dalam sampel makanan.Sampel makanan yang mempunyai kanji adalah sampel makanan A.Sampel makanan A kemungkinanya adalah roti kerana sampel A mempunyai bau roti dan berwarna putih.

UJIAN MAKANAN GULA PENURUN

Kehadiran gula penurun dapat dikesan dengan menggunakan Ujian Benedict.Larutan Benedict mengandungi Kuprum Sulfat (II).Kandungan yang terdapat dalam Kuprum Sulfat menyebabkan Larutan Benedict berwarna biru.Warna biru Larutan Benedict akan menghasilkan mendapan berwarna merah.Mendapan berwarna merah terhasil kerana Kuprum Sulfat (II) ion telah diturunkan kepada Kuprum Sulfat (I) (Lee,2008) .Kuprum Sulfat (I) tidak larut dalam sampel biru dan ini yang menyebabkan mendapan merah terhasil dalam sampel makanan. Sampel makanan yang menunjukkan tindak balas terhadap Ujian Benedict adalah sampel makanan A dan D.Sampel makanan A mempunyai kuantiti mendapan berwarna merah yang kurang kerana kuantiti gula penurun dalam sampel makanan A kurang dari sampel makanan D.Sampel makanan D kemungkinannya adalah madu kerana warna sampel makanan D berwarna kuning keperang-perangan manakala sampel makanan A adaalh roti kerana mempunyai bau roti dan berwarna putih.

UJIAN MAKANAN GULA BUKAN PENURUN

Warna sampel makanan dalam bekas D berubah daripada warna kuning kepada warna jingga .Warna jingga terhasil disebabkan oleh kerana sampel makanan dalam bikar D mempunyai gula bukan penurun.Gula...
tracking img