Perniagaan Dan Persekitaran
Rumusan Berdasarkan definisi-definisi yang dikemukakan di atas, maka perniagaan dapat ditakrifkan sebagai:Suatu usaha untuk mengagih dan menukarkan barangan yang berbentuk barang fizikal atau perkhidmatan atau kedua-duanya daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir pada tempat dan harga yang berpatutan. Usaha pemindahan dan pertukaran barangan ini dijalankan berasaskan alat pertukaran yang telah dipersetujui oleh pengeluar asal dan pengguna terakhir. Pertukaran sedemikian akan membawa faedah dan keuntungan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha ini. 1.1.2 Barangniaga Ia juga dikenali sebagai produk atau keluaran. Barangniaga terdiri daripada unit-unit yang dapat dilihat, dihidu, dirasa dan disentuh secara fizikal seperti baju, keropok, anak patung mainan dan sebagainya. 1.1.3 Perkhidmatan Ia merupakan sesuatu keluaran yang tidak dapat dilihat, dihidu, dirasa dan disentuh secara fizikal. Namun demikian, kehadirannya akan memenuhi keperluan dan kehendak pembeli atau penggunanya. Contoh-contoh perkhidmatan adalah perkhidmatan pakar perubatan, bank, insuran, pendidikan Kolej Matrikulasi dan sebagainya. 1.1.4 Keuntungan Keuntungan merupakan perbezaan di antara pendapatan dan perbelanjaan perniagaan. Keuntungan perniagaan yang menggalakkan peniaga-peniaga untuk menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka. Ia juga merupakan pulangan atau ganjaran kepada peniaga-peniaga yang sanggup menghadapi risiko daripada pelaburan wang dan masa mereka. Keuntungan (perniagaan) = Pendapatan - Perbelanjaan Keuntungan (ekonomi) = Pendapatan – (Perbelanjaan + Kos Melepas*) * Kos melepas merupakan kos yang terpaksa dilepaskan kerana membuat sesuatu pilihan. 1.1.5 Faedah Faedah juga dikenali sebagai kebaikan atau kelebihan. Semua pihak yang terlibat dalam perniagaan akan memperolehi faedah. Misalnya, seorang peniaga yang menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan akan memberi faedah kepada pelanggannya. Pelanggan itu akan menggunakan barangan atau...
Please join StudyMode to read the full document