Perang Teluk

Only available on StudyMode
  • Pages : 19 (5945 words )
  • Download(s) : 847
  • Published : April 1, 2011
Open Document
Text Preview
Kursus: DIS 3063 Falsafah Peperangan
Tajuk: Perang Teluk
Kelas: 3 ZP44
Pensyarah: Lt. Kol Noor Akmar Bin Mohd Noor (B)
Kumpulan : 5

SATU TUGASAN YANG DIMAJUKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN KEPERLUAN SYARAT SUBJEK DIS 3063 FALSAFAH PEPERANGAN LEFTENAN KOLONEL (B) NOOR AKMAR KURSUS PENGAJIAN STRATEGI UPNM 2011 Isi kandungan
BAB 1 - PENGENALAN
1.1 Definasi perang
1.2 Definasi dasar luar
1.3 Hubungkait antara perang dan dasar luar
1.4 Instrumen-instrumen dasar luar
BAB 2 – SEJARAH PERANG TELUK
2.1 Pendahuluan
2.2 Peperangan Teluk dari aspek ketenteraan
2.3 Peperangan Teluk dari aspek politik
2.4 Peperangan Teluk dari aspek ekonomi
BAB 3 - “MOTIVE”
3.1 Pendahuluan
3.2 Analisis
BAB 4 – “MEANS”
4.1 Pendahuluan
4.2 Analisis
BAB 5 – KESIMPULAN
Pendahuluan

1.0 Perang

Soalan pertama yang memerlukan penjelasan adalah apakah sebenarnya perang ? Pada masa sekarang perang terjadi akibat faktor sosial, politik, ekonomi, fizikal dan ideologi. Di dalam Kamus Dewan Bahasa, perang membawa maksud pertempuran menggunakan senjata, fizikal, ideologi di antara individu, etnik atau negara. Terdapat beberapa jenis perang yang sering menjadi tajuk global pada masa sekarang. Pertama, perang antara negara untuk meluaskan jajahan ataupun mempunyai kepentingan individu dan negara tersebut. Contohnya, pencerobohan Amerika Syarikat terhadap negara Yugoslavia, Afghanistan, dan Iraq dengan menggunakan kekuatan tentera sama ada secara langsung ataupun sebaliknya. Kedua, konflik etnik yang berakhir dengan peperangan seperti etnik Albaman menjajah Kosovo atau puak Kurdish di utara Iraq. Puak pemisah tersebut menuntut kembali hak mereka atas faktor sejarah dan membenarkan peperangan tersebut ke atas pihak kerajaan yang sah. Ketiga, perang ‘colonial-territorial’, dan contoh yang terbaik adalah negara Israel mengusir penduduk Palestin di negara mereka sendiri. Israel menubuhkan negara sendiri dengan bantuan kuasa besar dan menggunakan ketenteraan untuk mengusir rakyat Palestin. Keempat adalah ‘perang serantau’ iaitu di benua Afrika dan Asia, yang mana pihak yang berkuasa menjajah negara jiran yang bersempadan untuk mendapatkan sumber bahan mentah. Contohnya, di selatan Afrika di mana Rwanda dikatakan mempunyai sempadan bertindih di utara Zaire. Walau apa pun definisi atau jenis peperangan, perang selalunya berlaku atas kepentingan individu ataupun negara.

1.1Dasar Luar
Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Luar Negara? Dasar luar Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga boleh diibaratkan sebagai seorang manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjaga keselamatannya. Kita semua ingin menjalankan tugas rutin harian tanpa diganggu atau diancam oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga sesebuah negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin keselamatannya daripada serangan musuh. Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan bersama. Keperluan asas negara yang berikutnya ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal ini, sesebuah negara perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi punca pendapatannya. Negara-negara yang bergantung kepada perdagangan tentu ingin memelihara hubungan yang baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan barangannya atau bagi mendapatkan bahan mentah yang diperlukannya. Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah negara, kita mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan politik. Di samping itu, kita mesti mengetahui tentang latar belakang sejarah dan kebudayaan masyarakat tersebut. Malah, Dasar Luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan, dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain...
tracking img