Peperiksaan Perkhidmatan Awam

Only available on StudyMode
  • Pages: 19 (3504 words)
  • Download(s): 669
  • Published: November 12, 2010
Read full document
Text Preview
PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

LEMBAGA PEPERIKSAAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA

KANDUNGAN

Halaman
Pendahuluan Panduan Umum Sukatan Peperiksaan Khas Seksyen A

1 2 3 3

Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B

Daya menyelesaikan masalah
Seksyen C

4 11

Pengertian dan Kefahaman Terhadap Esei-esei
Seksyen D

Esei Bahasa Melayu .
Seksyen E

18 18 19 21

Esei Bahasa Inggeris
Panduan Menjawab Soalan Penutup

i

PENDAHULUAN

Peperiksaan Khas ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat Peperiksaan Khas ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Peperiksaan Khas ini melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting kerana mengukur calon dalam satu atau dua aspek sahaja. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan Peperiksaan Khas ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

1

PANDUAN UMUM
1. Pada hari Peperiksaan Khas calon hendaklah membawa: (i) (ii) (iii) (iv) 2. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan Khas Kad Pengenalan Pensil 2B, pen dan pemadam lembut Peralatan lain yang difikir perlu

Calon perlu berada di Pusat Peperiksaan lima belas (15) minit sebelum Peperiksaan Khas dimulakan. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas. Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain . Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas Peperiksaaan Khas dimulakan. Jawapan hendaklah dibuat dalam (i) (ii) kertas OMR—bagi Seksyen A, B dan C kertas tulis SPA—bagi Seksyen D dan E

3. 4.

5.

6.

7.

No. Kad pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Penggilan Menduduki Peperiksaan. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah TIDAK dibenarkan. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

8. 9.

2

SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS
Ujian ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5) seksyen iaitu:     

Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Eseiesei Seksyen D - Esei Bahasa Melayu Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris

SEKSYEN A -

PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING Masa Bilangan Soalan : : 45 minit 60

Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkaraperkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkaraperkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia / infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah / tanah / daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lainlain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

3

CONTOH SOALAN
1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai A....
tracking img