Pengenalan Jabatan Pertahanan Awam

Only available on StudyMode
  • Pages : 19 (3021 words )
  • Download(s) : 404
  • Published : April 2, 2011
Open Document
Text Preview
PENGENALAN JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

PENGENALAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
PENUBUHAN
Peperangan dunia telah memberi kesan kepada rakyat negara yang terlibat termasuklah negara kita, Malaysia. Di atas kesedaran itu maka dalam tahun 1951 "Civil Defence Ordinance" telah diluluskan dan dalam tahun 1952 sebuah Jabatan telah ditubuhkan bagi melaksanakan maksud ordinan tersebut. Jabatan tersebut telah diberi nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Apabila negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Jadual ke sembilan (9) Perlembagaan Malaysia. Berikutan daripada  itu maka dalam tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi sebagai salah satu unsur tetap Sistem Pertahanan Negara. Dalam tahun 1979, Ordinan Pertahanan Awam (1951) telah dipinda dengan menambah tanggungjawab memberi Khidmat Bantuan Bencana semasa aman sehinggalah ke hari ini. MAKSUD

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951 ( Akta 221 ) ini terbahagi kepada dua keadaan iaitu :

a. Semasa Peperangan
Pertahanan Awam semasa peperangan bermaksud apa – apa jua tindakan yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi seranganpermusuhan sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masaserangan musuh.

b. Semasa Aman
Pertahanan Awam semasa aman pula bermaksud apa – apa jualangkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda sama ada langkahitu diambil sebelum, semasa atau selepas masa bencana

MISI
Untuk menjadikan program Pertahanan Awam suatu agenda negara bagi keselamatan dan kesejahteraan  rakyat dari rakyat untuk rakyat

VISI
Menjadi organisasi yang berwibawa menerusi penglibatan rakyat dalam program Pertahanan Awam.

Mengapa Pertahanan Awam perlu diwujudkan?
Adalah mustahak persediaan untuk Pertahanan Awam dibuatsemasa aman sebagaimana angkatan bersenjata patut disediakan. Persediaan ini bukannya bermakna peperangan mesti berlaku, tetapi mencegah peperangan.Memandangkan kepada sebuah negeri yang mengambil tindakan berjaga –jaga dengan tenang dan munasabah untuk melawan kesan serangan, bolehmenyebabkan si bakal penyerang itu tidak jadi menyerang. Tambahan pula kegiatan-kegiatan Pertahanan Awam memberi peluang menyatupadukan masyarakat, memupuk semangat dan menguatkan keazaman terhadap ancaman musuh

OBJEKTIF
Untuk mengadakan langkah-langkah pertahanan awam dan khidmat bantuan kecemasan bagi mengurangkan kehilangan jiwa dan kerosakan hartabenda yang disebabkan oleh tindakan musuh atau bencana demi mewujudkan keselamatan yang menjaminkan kesejahteraan untuk pembangunan negara yang berterusan.

STRATEGI
Menubuhkan Angkatan Pertahanan Awam yang mahir, cekap dan berdisplin serta dilengkapi dengan peralatan moden sesuai untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya bencana;Melatih dan mendidik orang ramai (rakyat) mengenai program Pertahanan Awam itu sendiri dan tanggungjawab mereka terhadap program tersebut; Menubuhkan pasukan penyelamat yang berkemahiran serta responsif dalam tugas-tugas khidmat kecemasan diseluruh negara;Memilih dan menentukan mana-mana ruang yang sesuai untuk dijadikan tempat perlindungan awam sekiranya berlakunya peperangan atau bencana yang berkaitan. MOTO

* Sentiasa Siap Sedia
NILAI-NILAI TERAS
* Cekap dan tepat
* Berdisplin dan bertanggungjawab
* Kerja berpasukan
* Berkhidmat dengan ikhlas
SLOGAN
* Dari Rakyat Untuk Rakyat
* 991 Khidmat Kami Untuk Anda
* Kami Sentiasa Siap Sedia
* Kami Adalah Kawan Untuk Semua

Konsep Rekabentuk
* Gabungan lambang Pertahanan Awam antarabangsa dan tempatan. Segitiga Sama Jingga dan Corak Warna dan Lambang Malaysia
* Lambang dan warna keselamatan
* Waspada dan bersedia menghadapi kemungkinan;
* Negara yang dipertahankan.
Sentiasa Siap Sedia sekeliling segitiga
* Moto Angkatan Pertahanan Awam yang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Bunga Padi Hijau Muda
*...
tracking img