Penanda Aras Pendidikan Rendah Di Malaysia

Only available on StudyMode
  • Pages : 7 (2162 words )
  • Download(s) : 4164
  • Published : April 5, 2011
Open Document
Text Preview
Penanda bermaksud sesuatu yang digunakan sebagai tanda dan aras pula merupakan istilah piawai yang digunakan untuk membandingkan prestasi sesebuah organisasi dengan prestasi organisasi pesaing, dengan tujuan untuk memperbaiki prestasi organisasi tersebut. Piawaian pula didefinisikan sebagai asas, rujukan dan sebagainya untuk dijadikan sebagai penentuan sesuatu seperti mutu dan lain-lain (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2008). Oleh itu, penanda aras akan membawa maksud tentang sesuatu yang dijadikan sebagai tanda untuk mengukur prestasi dan seterusnya memperbaiki prestasi tersebut. Pendidikan rendah atau pendidikan sekolah rendah mengambil masa selama enam tahun. Kanak-kanak yang menerima pendidikan sekolah rendah ialah kanak-kanak yang berumur 7 tahun. Selain daripada kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, kanak-kanak yang menerima pendidikan sekolah rendah turut didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam serta moral (Maklumat, Sekolah Rendah, 2011). Pada hujung pengajian mereka iaitu pada Tahun 6, murid-murid tersebut akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ujian ini diadakan untuk menguji penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan murid-murid sekolah rendah bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, penguasaa mereka terhadap kemahiran matematik serta konsep sains (Maklumat, Pelajaran Rendah, 2011). Sebuah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji Dasar Pendidikan Negara dalam pencapaian matlamatnya melalui kurikulum sekolah yang telah diumumkan melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979. Perakuan-perakuan yang diperakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet ini telah menjadi faktor asas dalam pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1980 (Sang, 2009).

Pendidikan di sekolah rendah di negara ini mempunyai beberapa matlamat tertentu. Antara matlamat tersebut ialah membolehkan kanak-kanak menguasai Bahasa Malaysia dengan memuaskan, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, menguasai kemahiran asas bahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah-sekolah rendah, menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menguasai kemahiran-kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas (Sang, 2009). Penguasaan membaca, menulis dan mengira merupakan kemahiran asas yang menjadi objektif utama dalam pelajaran di sekolah rendah. Apabila kemahiran-kemahiran asas dapat dikuasai, murid-murid seterusnya dapat mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah mereka kuasai. Walaubagaimanapun, penguasaan membaca, menulis dan mengira iaitu 3M masih belum mencapai ke tahap yang memuaskan terutamanya dalam kemahiran mengira. Demi mencapai matlamat dalam membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran 3M ini, kerajaan telah memperkenalkan Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) (Sang, 2009). KIA2M ialah suatu program khas yang diperkenalkan untuk murid-murid Tahun 1, sekolah rendah. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menangani masalah penguasaan kemahiran asas, khasnya membaca dan menulis, dalam kalangan murid yang baru masuk sekolah rendah. Matlamat utama program ini ialah agar semua murid Tahun 1 mencapai dapat 100% dalam penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia (Sang, 2009). Program KIA2M ini diadakan dengan tujuan ingin membantu murid-murid tahun 1 menguasai kemahiran menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia, memupuk minat belajar dalam kalangan mereka, meningkatkan keyakinan diri murid-murid terhadap persekolahan dan memberi peluang kepada mereka untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap kebolehan masing-masing (Sang, 2009). Program ini dilaksanakan di semua sekolah kebangsaan. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina & Tamil) boleh...
tracking img