Pemantauan Ibu Bapa Elak Anak Terpesong

Only available on StudyMode
  • Pages : 2 (422 words )
  • Download(s) : 534
  • Published : July 15, 2010
Open Document
Text Preview
PEMANTAUAN IBU BAPA ELAK ANAK TERPESONG

Ramai menyedari tidak semua maklumat terkandung dalam internet sesuai untuk anak berikutan kemampuan minda mereka mengikut atau meniru apa saja yang terhidang di depan mata.

Kandungan dalam laman web boleh dicapai dengan mudah ditambah kehidupan pada zaman teknologi serba canggih memungkinkan anak terutama remaja mengakses apa sahaja melalui komputer peribadi atau komputer riba.

Ada kanak-kanak menyalah guna internet untuk mencari hiburan. Justeru, peranan ibu bapa penting bagi memantau maklumat yang disalurkan.

Adakah kita perlu mengharamkan internet kepada anak agar mereka tidak dipengaruhi unsur negatif atau menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat tertentu?

Jawapannya pasti tidak. Anak perlu didedahkan dengan dunia teknologi maklumat bagi meningkatkan pengetahuan selain tidak ketinggalan dalam mengejar ilmu.

Apa yang pasti, internet dan maklumat tidak patut dipersalahkan dalam hal ini. Mereka yang patut disalahkan ialah penyumbang maklumat dan pereka laman tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Kesukaran mengawal kandungan internet memang jelas. Sebagai contoh, syarikat penyiaran BBC dalam satu artikelnya pada September 2002 melaporkan 30,000 pekerja hak asasi manusia digunakan kerajaan China untuk memerhatikan laman web, bilik sembang di internet dan e-mel bagi menapis kandungannya.

Bayangkan betapa susahnya mengawal internet. Ibu bapa yang menjadi pembimbing memainkan peranan mengawal kelakuan anak bukan menghalang mereka.

Ibu bapa mesti membuka mata bahawa terdapat banyak perisian yang mampu melindungi internet atau komputer, bukan saja daripada bahan lucah atau ganas malah masalah virus seperti 'spam', 'phishing' dan 'malware' akibat tindakan anak.

Perisian khusus ini bertindak menyekat capaian ke laman web bermasalah menurut kaedah tertentu dan arahan yang diberi.

Ia membantu untuk masalah teknikal lebih besar contohnya, pembelian produk secara 'online' menggunakan kad kredit ibu...
tracking img