Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Continues for 14 more pages »
Read full document

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

By | July 2010
Page 1 of 15
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM
Soalan 1:

Proses Kerja yang terdapat di dalam Manual Proses Kerja dan Fail Meja (MPK & FM) ialah rangkaian yang perlu diambil secara berturutan mengikut peraturan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Bincangkan kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya.

Jawapan:

Menurut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991- “Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja Dan Fail Meja”

Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja adalah 2 dokumen rujukan rasmi yang perlu ada dalam sesebuah jabatan atau pejabat. Kedua-dua dokumen ini adalah alat pengurusan penting yang dapat menyumbangkan kepada peningkatan produktiviti jabatan atau pejabat keseluruhannya.

Kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripada kedua-dua dokumen ini adalah:

1. Memendekkan Masa Latihan Bagi Pekerja-Pekerja Baru.

Sebagai contoh, sebelum wujudnya Manual Prosedur Kerja atau MPK dan Fail Meja (FM) pegawai-pegawai baru sukar memahami kerja baru mereka dan sering kali mengambil masa yang agak panjang untuk mempelajari cara-cara menjalankan tugas dan mereka lebih bergantung kepada pengalaman serta kefahaman orang-orang lama yang mana tiada satu dokumen rasmi yang menyenaraikan susunan kerja yang tertib untuk dirujuk (SOP). Dengan yang demikian terdapat pekerja yang menjalankan tugas tanpa mengetahui cara-cara bekerja dengan betul dan tidak jelas dengan bidang kuasa masing-masing. Keadaan ini akan melambatkan proses penyelesaian ke atas sesuatu tugas. Oleh itu dengan adanya MPK dan FM ini, ia lebih memudahkan serta memendekkan masa latihan pekerja baru tersebut.

2. Mengurangkan Arahan-Arahan Lisan Mengenai Cara Menjalankan Kerja.

Ini adalah kerana ianya lengkap dengan maklumat-maklumat seperti sejarah dan rasional penubuhan jabatan atau pejabat, ketahui mengapa jabatan atau pejabat ditubuhkan, apakah harapan-harapan terhadap mereka, maklumat mengenai objektif dan fungsi utama jabatan atau...
Hide

Rate this document

What do you think about the quality of this document?

Share this document

Let your classmates know about this document and more at Studymode.com