Pasaran Modal Islam

Only available on StudyMode
  • Pages : 44 (9089 words )
  • Download(s) : 167
  • Published : January 8, 2013
Open Document
Text Preview
Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 3 (2009) 431-456

Shariah Journal, Vol. 17, No. 3 (2009) 431-456

ANALISIS PERKEMBANGAN PASARAN SAHAM
ISLAM DI MALAYSIA
Mohd Yahya Mohd Hussin*
Joni Tamkin Borhan**
ABSTRACT
Islamic stock market (ISM) is one of the most important components in the Islamic capital market (ICM). In making ISM more
competitive, Syariah Advisory Committee of Security Commission has introduced the listing of Syariah approved counter/stock based on the primary sources (al-Quran & al-Sunnah) and other supporting sources with agreed research method. It serves as a guide to people involved in Islamic investment field. Consequently, the number of Syariah approved counter/stock covered almost 87 percent of the total listed counter/stock at Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) in 2008, accounting for 60 percent of the entire Malaysia stock exchange by market capitalization.

Keywords: Islamic stock market, Syariah advisory council, quantitative parameters, qualitative parameters

*

**

Senior Lecturer, Faculty of Business and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, wjh3053@gmail.com.
Professor, Department of Shariah and Economics, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, joni@um.edu.my.

431

Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 3 (2009) 431-456

PENDAHULUAN
Sebuah negara yang maju dan mempunyai sistem ekonomi yang berkesan perlu memiliki sebuah sistem kewangan yang mantap dan berdaya maju1. Sistem kewangan ini meliputi pengurusan penawaran wang dan bagaimana ia mempengaruhi permintaan wang sama ada secara positif atau negatif. Terdapat banyak institusi kewangan dalam sistem kewangan sesebuah negara di mana institusi ini menjadi faktor penting dalam perkembangan ekonomi negara tersebut.2

Pasaran modal yang merangkumi pasaran saham juga merupakan salah satu komponen daripada sistem kewangan dan berperanan menjadi pengantara kewangan yang mengembeleng pelaburan dari sumber atau kumpulan yang memiliki modal lebihan untuk dilabur dalam institusi kewangan.3 Kemudian institusi kewangan ini akan menyalurkan modal pelaburan tersebut kepada sektor ekonomi yang memerlukan modal untuk mencetus kegiatan ekonomi4. PASARAN SAHAM ISLAM

Pasaran saham Islam (PSI) merujuk kepada sebuah pasaran sama ada berbentuk bursa saham5 ataupun pasaran atas kaunter6 di mana aktiviti-aktiviti syarikat saham yang terlibat dijalankan dengan cara yang tidak bercanggah dengan pegangan umat Islam dan agama Islam. Dalam perkataan lain, pasaran saham Islam mengaplikasikan perundangan Islam dalam urus niaga pasaran saham di mana pasaran adalah bebas daripada penglibatan aktiviti yang 1

2

3

4
5

6

Frederic S. Mishkin (2007), The Economics of Money, Banking and Financial Markets. 8th Edition, Boston: Pearson Addison Wesley, h. 3.
Lloyd B. Thomas (2006), Money, Banking and Financial Markets. Ohio: Thomson South-Western, hh. 42-43.
Syarifah dan Azizi (2005), “Sekuriti Lulus Syariah dan Kepentingannya Kepada Pasaran Modal Islam”, Jurnal Syariah, 13(1), hh. 23-35.
Frederic S. Mishkin (2007), op.cit.
Tempat rasmi urus niaga saham. Ianya mempunyai tempat fizikal yang digunakan oleh pembeli dan penjual untuk menjalankan urus niaga sekuriti. Contohnya, Bursa Malaysia.
Pasaran saham yang dihubungkan dengan alat perhubungan yang canggih antara peniaga yang menguruskan urus niaga bagi pihak klien. Pasaran ini tidak mempunyai bursa yang teratur sebagaimana pasaran saham yang rasmi, dan senarai saham yang diperniagakan di pasaran ini boleh didapati daripada sistem komputer yang disambungkan ke pejabat broker yang terlibat dalam sistem ini. Pasaran ini biasa juga disebut sebagai pasaran OTC.

432

Analisis Perkembangan Pasaran Saham Islam Di Malaysia

dilarang oleh Islam serta bebas daripada unsur-unsur seperti riba, perjudian dan kesamaran.7
Dalam pasaran saham Islam di Malaysia, saham-saham yang diniagakan dikenali juga dengan nama kaunter-kaunter lulus Syariah. Kaunter-kaunter ini dikawal...
tracking img