Palm Oil

Only available on StudyMode
  • Pages : 18 (5077 words )
  • Download(s) : 106
  • Published : August 19, 2008
Open Document
Text Preview
1.0Pengenalan
Malaysia merupakan minyak pengeluar kelapa sawit yang terbesar di dunia dan mengeksport lebih kurang 61% daripada pengeluarannya ke luar negara. Perkembangan penanaman kelapa sawit Malaysia dalam 41 tahun yang lepas telah menunjukkan keadaan yang luar biasa iaitu daripada hanya 55,000 hektar pada tahun 1960, keluasan penanaman kelapa sawit di Malaysia telah berkembang ke 3.5 juta hektar pada tahun 2001. Lebih kurang 60% kawasan penanaman adalah berada di Semenanjung Malaysia, 30% Sabah dan 10% Sarawak. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, negeri Sabah Sarawak mengalami perkembangan yang besar berbanding dengan Semenanjung Malaysia dalam keluasan kawasan penanaman kelapa sawit.

Pengembangan dalam keluasan kawasan penanaman kelapa sawit, minyak sawit di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak telah mengalami perkembangan pesat sejak tiga dekad yang lalu. Penggunaan minyak sawit secara tempatan adalah agak terhad kerana jumlah penduduk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah seramai 24 juta orang sahaja. Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini, Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan anggaran 30 peratus daripada jumlah dagangannya. Walaupun Malaysia menguasai 30% pasaran Minyak Sawit Mentah di dunia dan Indonesia berada dibelakang Malaysia dari segi peratusan, namun sebenarnya pengeluar di Indonesia tersebut adalah berada dibawah tangan (kuasa) Malaysia. Melalui beberapa sayap pelaburan Malaysia di Indonesia (Guthrie, Sime Darby, Tabung Haji Plantation dan lain-lain lagi) maka sebenarnya Malaysia menguasai hampir 60% hasil pengeluaran Indonesia. Ini bermakna pada asasnya Malaysia menguasai lebih dari 30% pasaran MSM dunia. Ianya secara otomatisnya menyebabkan Malaysia boleh mengawal supply dan demand serta harga pasaran MSM dunia.

Menurut Dr Mohd Basri (2006), negara berupaya meningkatkan pengeluaran minyak sawit mentah melalui penanaman semula dan baru tanaman sawit dengan menggunakan klon sawit atau anak benih bermutu tinggi menjelang 2010. Kerajaan menetapkan sasaran kadar perahan minyak 25 peratus bagi setiap tan buah sawit yang diproses dan ini bermakna purata pengeluaran MSM (minyak sawit mentah) sebanyak enam tan sehektar setahun dapat dicapai.

Industri minyak kelapa sawit telah meningkat dengan mendadak dalam minyak kelapa sawit dunia. Menurut Yusof Basiron dan Mohd Arif Simeh (2004), pengeluaran minyak kelapa sawit dunia telah meningkat dari 1.2 juta ton pada tahun 1962 kepada 29.12 juta ton pada tahun 2004.

2.0 Latar Belakang
Pada tahun 1974, industri kelapa sawit bertapis mula berkembang sebagai satu industri negara yang penting. Terdapat 15 buah firma bertapis telah ditubuhkan dalam masa dua tahun ini dan menjadikan Malaysia sebagai perindustrian kelapa sawit bertapis yang terbesar di dunia. Sebelum ini, hanya sebilangan firma sahaja yang terlibat dalam kegiatan ini seperti Lam Soon (M) Berhad, Lever Brothers (M) Sdn Bhd dan Senawang Edible Oils Sdn Bhd di mana menapis 10% daripada jumlah produktiviti minyak mentah negara. Kebanyakan produk minyak mentah ini adalah dieksportkan ke negara perindustrian seperti EEC, USA, Jepun dan Australia.

Kini, bilangan firma dalam industri minyak kelapa sawit bertapis telah meningkat dari 15 kepada 51 (rujuk kepada lampiran 1). Daripada 51 buah firma ini, 36 buah firma terletak di semenanjung Malaysia dan 15 buah firma terletak di Sabah dan Sarawak. Industri minyak kelapa sawit bertapis telah menapis dan memproses minyak kelapa sawit lebih kurang 90% daripada jumlah eksport minyak kelapa sawit di dunia. Pertumbuhan kelapa sawit bertapis yang cepat telah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar utama di dunia. Selain itu, Malaysia juga berupaya mengeluarkan produk yang berkualiti yang dapat memenuhi permintaan pasaran dunia. Kejayaan ini...
tracking img