Nilai Murni

Only available on StudyMode
  • Pages: 13 (3860 words)
  • Download(s): 148
  • Published: March 6, 2011
Read full document
Text Preview
Forum Nilai-Nilai Murni

Peranan: Menteri Penerangan ,Komunikasi dan Kebudayaan

YB.Dato’ Dr Nur Fadilah Tolhah

Definisi??[pic][pic][pic]Auto-hide: off

[pic][pic]Definisi ‘kempen’ menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah segala usaha(kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dan lain-lain) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu(matlamat dan lain-lain). ‘Budi bahasa’ pula bermaksud tingkah laku dan perbuatan. Jika digabungkan perkataan ‘nilai’ menurut W.G.Ricky & Pustay, 1999 dan perkataan ‘murni’ menurut Dewan Bahasa dan Pustaka perkataan ‘nilai murni’ boleh ditafsirkan sebagai prinsip, standard dan tatacara tindakan seseorang dalam sesuatu organisasi tanpa mengandungi unsur-unsur asing(biasanya unsur-unsur yang mencemarkan) bersih benar,suci, dan tulen. Dari definisi-definisi diatas dapatlah disimpulkan bahawa Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni bermaksud usaha yang terancang untuk menghasilkan masyarakat Malaysia yang mengamalkan tingkahlaku dan perbuatan berdasarkan prinsip dan standard yang elok dan baik. Melalui usaha yang terancang dan ditambah dengan matlamat yang jelas, sesuatu kempen itu akan dapat membuahkan hasil.

Mengapa perlu???
-Persoalan yang perlu dijawab adalah, mengapakah Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni dalam sebuah masyarakat yang berteraskan keluhuran budaya dan keampuhan budi yang tersohor perlu diadakan. Masyarakat Malaysia yang berteraskan budaya Melayu sebagai pendokong, merupakan satu budaya yang terkenal di seluruh dunia. Orang Melayu sebagai bangsa yang lemah-lembut dan berbudi bahasa sudah menjadi perbualan diseluruh dunia. Apakah kempen sebegini masih diperlukan? Sukar untuk menjawabnya. Kesedaran kerajaan akan kewujudan kelemahan dikalangan masyarakat dan khususnya kakitangan kerajaan dalam aspek ini menjadi justifikasi kepada kempen. Ini bukanlah menunjukkan kita sudah tidak berbudi bahasa, tetapi kita perlu memperbetulkan apa yang ada dan menambah apa yang kurang.

-Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat masa kini nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang langgar bahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab. Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai. Ada yang menjawab telefon dengan kasar dan acuh tak acuh (atau langsung tidak terjawab), surat-menyurat rakyat yang lambat dijawab, merosotnya amalan gotong-royong dan kecenderungan menolong orang lain dalam kesusahan, menghilangnya amalan hormat-menghormati identiti manusia dan pihak-pihak tertentu yang dahulunya dihormati, keterlaluan mengejar kemajuan kebendaan sehingga kita lupa akan betapa pentingnya tatasusila berhemah diamalkan semula secara menyeluruh. Tuntutan Rukunegara tentang ketatasusilaan yang baik harus diisi semula. Bangsa Malaysia yang dicita-cita harus terus berbekal amalan-amalan murni. Usaha PM atau kementerian lain

Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi bertempat di Istana Budaya bertarikh 11 Januari 2005 merupakan satu kempen yang dirasakan sesuai dengan persekitaran hari ini demi kesejahteraan masa depan. Malahan, ini merupakan susulan kepada usaha Institut Sosial Malaysia (ISM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah kepimpinan Datin Profesor Roziah Omar yang telah menganjurkan satu Seminar Nilai dan Pembangunan Sosial ke arah pemantapan Dasar Sosial Negara (DSN) dan masyarakat cemerlang pada 16 September 2004. Seminar ini membincangkan mengenai penyematan nilai-nilai murni dalam usaha melahirkan warga cemerlang sebagai `masyarakat kelas satu’ di sebuah negara ‘kelas pertama.’ Kempen ini adalah merupakan sambungan kepada pelbagai bentuk program penerapan nilai yang telah dilaksanakan secara...
tracking img