Nilai Dan Etika

Only available on StudyMode
  • Pages : 6 (1560 words )
  • Download(s) : 586
  • Published : March 19, 2011
Open Document
Text Preview
4. Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Terangkan secara jelas dan etika sebagai penjawat awam. Bagaimanakah nilai dan etika ini dapat membantu dalam meningkatkan prestasi dan kualiti kerja?

Nilai dan etika diwujudkan atas kesedaran bahawa profesionalisme perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan kakitangannya hendaklah bekerja dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab untuk melaksanakan pembangunan pesat ke arah negara maju. Etika perkhidmatan awam diperkenalkan kerana faktor-faktor luaran dan dalaman termasuk kemelesetan ekonomi dunia, ancaman keselamatan serantau, gejala-gejala sosial yang tidak sihat; permintaan rakyat yang mahukan perkhidmatan yang sistematik, cekap dan berkesan dan banyaknya aduan tentang ketidakcekapan jentera pentadbiran dan kakitangan kerajaan.

Etika Kerja adalah prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh organisasi bertujuan mengawal tingkahlaku ahli dalam organisasinya. Merupakan satu kawalan bagi menentukan perlakuan selaras dengan sistem nilai organisasi tersebut. Etika Kerja adalah prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh organisasi bertujuan mengawal tingkahlaku ahli dalam organisasinya. Merupakan satu kawalan bagi menentukan perlakuan selaras dengan sistem nilai organisasi tersebut. Etika Kerja amat penting bagi penjawat awam kerana setiap kakitangan perkhidmatan awam perlu memiliki tingkahlaku yang baik sebagaimana dikehendaki oleh anggota masyarakatnya seperti bersikap positif, berdisplin, bertanggungjawab dsbnya. Penghayatan Etika perlu untuk penerapan nilai-nilai terpuji seperti akhlak, komunikasi, perwatakan dan pergaulan serta untuk integriti dan kualiti (nilai bersama) dalam perkhidmatan awam.

Pelancaran Etika Perkhidmatan Awam dibuat pada Januari 1979 yang berkuatkuasa melalui Surat Pekeliling Am 5/79 dan ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara. Teras-teras perkhidmatan awam ini terkandung dalam Panduan Perkhidmatan Cemerlang. Panduan Perkhidmatan Cemerlang ini bertujuan untuk meninggikan mutu perkhidmatan awam dari semasa ke semasa, mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, memupuk tangggungjawab bersama, mewujudkan suasana sihat dan cekap, mengeratkan hubungan antara semua kakitangan kerajaan dan membentuk sikap dan kewibawaan kakitangan kerajaan sesuai dengan prinsip Rukun Negara.

Buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang telah menyediakan panduan, ingatan dan galakan bagi mencapai tingkat perkhidmatan cemerlang. Tujuh perkara telah dijadikan Teras Perkhidmatan Awam iaitu Teras Perkhidmatan 1: Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan, Teras Perkhidmatan 2:Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab; Teras Perkhidmatan 3: Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri; Teras Perkhidmatan 4: Berkhidmat Dengan Penuh Muhibah dan Kemesraan; Teras Perkhidmatan 5: Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat dan Pembangunan Negara; Teras Perkhidmatan 6: Bekerjasama Dalam Membanteras Kelemahan dan Musuh-musuh Negara; dan Teras Perkhidmatan 7: Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama.

Konsep etika kerja termasuklah kewajipan agama/moral, kepentingan organisasi/bukan peribadi, bangga dengan kerjaya, kesetiaan pada kerja dan rasa kekitaan, prestasi kerja yang cemerlang dan kepuasan bekerja. Kewajipan agama/moral merupakan prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Kakitangan Awam perlu berpegang teguh kepada ajaran agama di mana ia merupakan aspek penting dalam menjalankan perkhidmatan. Kelicinan jentera kerajaan bergantung kepada penjawat awam yang mempunyai pegangan nilai yang tetap dan kukuh. Penjawat awam perlu mengutamakan kepentingan organisasi dan bukan kepentingan peribadi. Penjawat awam hendaklah berkhidmat dengan jujur yang terangkum di dalam sikap dan tindakan selaras dengan cita-cita rakyat dan negara serta menjadi penggerak masyarakat ke arah kemajuan dan bukan mengambil kesempatan dengan kuasa yang ada sebagai penjawat awam untuk kepentingan diri dan keluarga. Penjawat awam seharusnya bangga...
tracking img