Nike Information System Case Studies

Only available on StudyMode
  • Pages : 11 (2832 words )
  • Download(s) : 1232
  • Published : January 30, 2008
Open Document
Text Preview
PENGENALAN

Berdasarkan statistic oleh konsultan Avanade yang berasal dari UK, 40 peratus organisasi di UK mengalami kegagalan di dalam projek sistem maklumat yang dijalankan oleh organisasi masing masing. Statistic ini diamil berdasarkan laporan dan data yang dirujuk dari tahun 2004 – 2006 "A hefty 40 per cent of businesses experienced project failure between 2004 and 2006" (Kelly, 2007). Dalam tugasan ini, saya memilih syarikat NIKE.Inc yang mengalami masalah dengan perisian "supply chain planner" yang telah dihasilkan oleh i2 Technologies.Inc. LATAR BELAKANG NIKE.Inc

NIKE bermula dengan nama Blue Ribbon Sports (BRS). Phil Knight iaitu seorang atlit olaraga dan juga jurulatihnya Bill Bowerman adalah pengasas NIKE yang berasal dari Universiti Oregon di Amerika Syarikat pada Januari 1964. Pada permulaan, BRS adalah pengedar kasut bagi pengeluar kasut dari Jepun bernama Onitsuka Tiger. Rekabentuk kasut yang pertama ialah berdasarkan kepada Bowerman's "Waffle"

BRS membuka kedai yang pertama di Pico Blvd di Santa Monica, California pada tahun 1971. BRS bersedia untuk melancarkan produk mereka tersendiri kerana mereka sedar bahawa kontrak BRS dengan Onitsuka Tiger sudah hamper di penghujungnya. Produk ini diberi nama "Swoosh"

Pada Februari 1972, BRS telah memperkenalkan produk kasut NIKE yang pertama. Nama NIKE dipetik melalui dewa wanita Greek. Pada tahun 1978, BRS. Inc menukar nama syarikat mereka kepada NIKE . Inc

NIKE telah mencapai jumlah pasaran 50% bagi pasaran kasut untuk kegunaan olaraga di Amerika Syarikat pada tahun 1980. Kejayaan dalam pertumbuhan organisasi ini bukan berdasarkan kepada iklan-iklan dan kempen-kempen melalui media akan tetapi ia berdasarkan kepada strategi pengiklanan secara word-of-foot." Ini bermaksud, proses pengiklanan tersebut dilakukan oleh pengguna yang memakai kasut tersebut di mana orang awam dapat melihat produk itu sendiri.

NIKE kini mempunya lebih dari 500 lokasi seluruh dunia dan pejabat di sebanyak 45 negara. Kebanyakkan kilang pengeluaran produk NIKE berada di negara-negara Asia seperti China, Taiwan, India, Thailan, Vietnam, Pakistan, Philippines, Sinan, Malaysia dan juga Repulik Korea. KEGAGALAN PROJEK SISTEM MAKLUMAT NIKE.Inc

Pihak Nike.Inc mempersalahkan penjual aplikasi "supply chain planning" yang telah dihasilkan oleh i2 Technologies.Inc. Dalam kenyataan yang dibuat oleh pihak Nike, organisasi mereka telah mengeluarkan sejumlah kuantiti yang besar bagi kasut dan jumlah kuantiti yang kecil bagi produk yang lain. Applikasi tersebut tidak memberi fungsi yang diharapkan oleh pihak NIKE. Pihak i2 Technologies. Inc pula menyalahkan pihak NIKE kerana tidak melaksanakan proses implementasi yang teratur dan sistematik. Ini kerana aplikasi tersebut perlu dimuatkan ke dalam sistem mereka pada masa yang bersesuain kerana aplikasi tersebut adalah sebahagian daripada projek SAP dan juga ERP. Pihak i2 Technologies. Inc juga menyatakan bahawa Nike.Inc masih mengunakan sistem mereka yang lama. Pengubahsuaian terhadap aplikasi tersebut perlu dibuat agar aplikasi tersebut dapat diintegrasikan dengan sistem Nike yang lama. FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN DALAM PROJEK SISTEM MAKLUMAT

Projek sistem maklumat bukanlah suatu projek mudah untuk dilaksanakan. Keputusan kejayaan projek sistem maklumat bergantung kepada faktor-faktor manusia dan juga organisasi tersebut dari bermulanya proses projek sistem maklumat tersebut. Terdapat beberapa faktor kegagalan yang sering dialami oleh kebanyakan organisasi-organisai dan juga syarikat-syarikat di seluruh dunia. Pertama ialah pengurus-pengurus di sesebuah organisasi tersebut kurang memberi perhatian terhadap potensi projek sistem maklumat (IS) ataupun teknologi maklumat (IT). Menurut konsultan Avanade UK, "A lack of understanding between IT and business departments was blamed in 51 per cent of failures, while 49 per cent cited technology selection as a factor." (Kelly, 2007) Sesebuah organisasi tersebut boleh menerima impak yang besar...
tracking img