My Own

Only available on StudyMode
  • Pages : 14 (4012 words )
  • Download(s) : 523
  • Published : November 25, 2010
Open Document
Text Preview
Apakah Kepentingan Geografi dalam Kurikulum Pengajian Sosial?

Menurut pendapat saya, Geografi merupakan satu subjek yang amat penting untuk dipelajari oleh semua individu. Hal ini demikian kerana subjek ini memberikan pengetahuan mengenai fenomena alam dan organisasi ruangan berasaskan interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Dalam aspek Pengajian Sosial, kemahiran geografi, geografi fizikal dan manusia dan kajian geografi membolehkan setiap individu mengamalkan pengetahuan dan kemahiran geografi, nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kehidupan seharian.

Selain itu, antara kepentingan geografi dalam kurikulum pengajian sosial adalah untuk melengkapkan diri setiap individu dengan pemahaman dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan. Subjek geografi juga menyediakan diri setiap individu untuk menghadapi cabaran hidup ke arah mewujudkan kesejahteraan diri dan masyarakat. 

Kandungan subjek geografi amat relevan dan mempunyai kaitan yang amat rapat dengan bidang Pengajian Sosial dalam aspek kehidupan manusia. Geografi juga penting untuk memupuk nilai-nilai hidup yang harmonis dan sejahtera serta memupuk nilai amanah, bersyukur, kesederhanaan, bertanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri dan mencintai alam sekitar. 

Pemahaman setiap individu tentang alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia dapat menerapkan semangat patriotik serta mewujudkan sensitiviti murid terhadap fenomena alam secara setempat dan global. Kesimpulannya, geografi merupakan sebahagian daripada unsur-unsur yang terkandung di dalam Pengajian Sosial dan mempunyai kepentingan yang amat berkaitan dalam meningkatkan kualiti kehidupan manusia bermasyarakat.

KEPENTINGAN GEOGRAFI DLM KURIKULUM SEKOLAH

Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan untuk memprkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, mata pelajaran Geografi diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat negara Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Geografi merupakan mata pejalaran teras di peringkat Sekolah Menengah Rendah dan sebagai mata pelajaran elektif di peringkat Sekolah Menengah Atas. Mata pelajaran Geografi bertujuan untuk melengkapkan murid dengan pemahaman dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan. Mata pelajaran ini menyediakan murid menghadapi cabaran hidup ke arah mewujudkan kesejahteraan diri dan masyarakat. Mata pelajaran Geografi merupakan kesinambungan mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah. Kandungan mata pelajaran Geografi adalah relevan dengan kehidupan manusia.

Kandungan mata pelajaran Geografi digubal berdasarkan pemahaman bahawa bumi dan alam sekitarnya adalah ruangan kediaman manusia. Kandungan ini merangkumi kajian tentang interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Kajian ruangan merangkumi pemahaman murid tentang Kemahiran Geografi, Geografi Fizikal dan Geografi Manusia. Aspek-aspek ini dikaji dalam pelbagai komuniti di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa.

Selain itu, Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia. Mata pelajaran Geografi juga memupuk nilai-nilai hidup yang harmonis dan sejahtera serta memupuk nilai amanah, brsyukur, kesderhanaan, brtanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri dan mencintai alam sekitar. Pemahaman murid tentang alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia dapat menerapkan semangat patriotik serta mewujudkan sensitivity murid terhadap fenomena alam secara setempat dan global. Usaha ini selaras dengan matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

TAJUK 1:
GEOGRAFI PERSEKITARAN...
tracking img