Moral Folio Ting4

Only available on StudyMode
  • Pages : 9 (2379 words )
  • Download(s) : 9078
  • Published : June 27, 2010
Open Document
Text Preview
Tugasan Harian 1 Keluarga Bahagia Menjamin Masyarakat Penyayang

Satu hal yang menjadi keyakinan umum bahawa kebajikan seseorang insan adalah berpunca daripada status kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Darinya akan mewujudkan sebuah masyarakat yang berbudi dan berbudaya mulia yang akhirnya akan membentuk satu sistem sosial yang mantap dan dapat menghadapi pelbagai arus cabaran. Memandangkan betapa pentingnya institusi kekeluargaan dalam pembentukan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang, maka sewajarnya ia diberi perhatian utama. Justeru itu satu program khusus diperkenalkan yang diberi nama 'RUMAHKU SYURGAKU'. Program ini dilaksanakan dengan tujuan mewujudkan keluarga bahagia ke arah melahirkan masyarakat penyayang dan bersatupadu selaras dengan ajaran Islam dan wawasan 2020. Dengan mengetahui betapa pentingnya sebuah keluarga yang bahagia untuk mewujudkan masyarakat penyayang, kita haruslah selalu mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Kita patutlah mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap setiap anggota keluarga supaya konflik dan masalah tidak wujud antara keluarga. Sehubungan dengan itu, keluarga bahagia dapatlah wujudkan masyarakat penyayang. Kita juga harus mempunyai peka cinta yang berkekalan sesama ahli keluarga supaya wujudnya keluarga bahagia. Dengan adanya cinta yang berkekalan, keluarga itu akan menjadi lebih kukuh kerana saling memahami antara satu sama lain. Selain itu, nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan juga harus diamalkan oleh setiap anggota keluarga. Kita harus menerima ,menghormati dan mengamalkan adat dan kepercayaan keluarga sendiri. Setiap agama dipercayai akan memberi pengajaran kepada seseorang supaya tidak melakukan kegiatan tidak bermoral atau keruntuhan akhlak. Dengan ini, masyarakat penyayang akan wujud. Kita juga patutlah mengekalkan tradisi yang diwarisi secara turun temurun. Sesebuah keluarga bahagia akan wujud jika setiap anggota keluarga mematuhi segala suruhan Tuhan. Kesimpulannya, hubungan yang baik antara anggota keluarga amat diperlukan untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia. Dengan adanya hubungan yang kukuh dan kasih sayang antara sesebuah keluarga, masyarakat penyayang dapat diwujud.

(278) patah perkataan

Tugasan Harian 2 Tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk memelihara dan memulihara alam sekitar

Alam semula jadi merupakan satu anugerah Tuhan yang amat besar dan tidak ternilai kepada manusia sejagat. Pemuliharaan alam semula jadi merupakan salah satu prinsip Pendekatan Islam Hadhari yang ingin dilestarikan supaya ianya berada dalam keadaan amat selesa, cantik, dan indah seperti mana yang disarankan oleh Islam. Selain daripada agama Islam, pemeliharaan alam semula jadi juga amat dititikberatkan oleh agama-agama lain seperti Kristian dan Buddha. Kerajaan dan masyarakat telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Sebagai seorang ahli masyarakat, nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar amat diperlu bagi memastikan kesinambungan kehidupan manusia sejagat. Kita harus memelihara alam sekitar dengan mengelakkan pembaziran sumber alam. Misalnya, kita harus mematikan peralatan elektrik apabila tidak digunakan untuk menjimatkan sumber yang semakin berkurangan. Selain itu, kita juga harus bersama memulihara alam sekitar supaya penggunaan alam dapat diguna pakai sehingga generasi akan datang secara kualitatif dan kuantitatif. Contohnya, kita dapat menanam pokok-pokok di sekelilingi kawasan rumah supaya kualiti udara dapat ditingkat semula dan secara tidak langsung menghijaukan bumi kita. Tambahan pula, kerajaan dan masyarakat harus mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Persoalan alam sekitar patut diprihatinkan supaya langkah mengatasi masalah itu dapat diambil dan dilaksanakan secara berkesan. Misalnya dalam konteks semasa, impak pencemaran alam sekitar sudah menjadi global yang terserlah menerusi fenomena pemanasan suhu bumi, pencemaran merentasi sempadan dan corak pengembelengan...
tracking img