Moral

Only available on StudyMode
  • Pages : 6 (1520 words )
  • Download(s) : 1091
  • Published : October 28, 2009
Open Document
Text Preview
MPW2153 PENDIDIKAN MORAL BAB 4 : STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

BAB 4 KONFLIK MORAL DAN PENYELESAIAN
Oleh : Nor Azlili, Nadhirah, Muthualagan, Syuja

MAKSUD KONFLIK atau PERTIKAIAN Ialah sesuatu permasalahan yang timbul akibat daripada pertembungan dua perkara atau lebih. Ini berbeza dengan masalah kerana konflik akan melibatkan jalan penyelesaian yang harus memilih di antara satu yang terbaik. Konflik boleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti konflik yang melibatkan soal kehendak atau matlamat, perasaan, pendapat, nilai dan sebagainya. Konflik merupakan perkara biasa dalam kehidupan manusia dan kadang-kadang boleh membina seorang insan yang kreatif dan konstruktif dalam pemikiran. Konflik ialah ketegangan yang timbul apabila terdapat beberapa kemungkinan atau syor yang berbeza dan tidak sepadan untuk menangani sesuatu isu. Ada juga yang berpendapat bahawa konflik hanya membawa keburukan dalam kehidupan. Ketidak-upayaan dalam menyelesaikan konflik boleh menyebabkan perkara yang buruk seperti membunuh diri, pembunuhan, pembakaran, fitnah dan sebaginya.

KONFLIK MORAL Merupakan pertembungan di antara dua nilai yang bertentangan dalam satu keadaan. Konflik ini secara tidak langsung akan meletakkan seseorang itu dalam dilema untuk memilih jalan penyelesaian yang terbaik. Konflik moral boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dalam kehidupan seharian sama ada di tempat kerja, rumah dan sebagainya. Kebiasaannya, konflik ini memerlukan pemikiran yang mendalam dan terperinci dalam usaha untuk menyelesaikannya. Sesetengah individu tidak mengambil perhatian terhadap konflik ini dan menganggapnya sebagai tidak berkepentingan. Ada yang terlalu emosional, tidak rasional, tenang, relaks dan sebaginya. Yang penting, apabila berhadapan dengan konflik moral ini, kita harus melihat dari semua sudut dan mengambil kira segala kepentingan sebelum membuat keputusan. Konflik moral yang kecil boleh menjadi besar jika tidak diselesaikan dengan penuh kebijaksanaan.

Contoh konflik moral 1) Memandu secara laju untuk menghantar seseorang ke hospital kerana memerlukan rawatan kecemasan. 2) Seseorang yang jujur dan setia tetapi ternampak rakan karib melakukan rasuah. 3) Kawan baik anda meniru dan membawa nota dalam dewan peperiksaan.

1

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

MPW2153 PENDIDIKAN MORAL BAB 4 : STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

4) Kakak anda menyintai dan ingin berkahwin dengan penjenayah. 5) Chong & Chin adalah rakan kongsi. Suatu hari, Chong mendapati Chin telah melakukan penipuan dalam pengiklanan barangan untuk melariskan jualan. Chong ada 2 pilihan iaitu sama ada membiarkan Chin meneruskan perbuatannya demi keuntungan atau memutuskan hubungan rakan kongsinya dengan Chin jika Chong seorang yang jujur. Chong mesti mengorbankan keuntungan atau kejujuran, iaitu tidak boleh mengaut kedua-duanya sekali.

4) Melihat dari persepsi baik atau buruk dengan menolak sebarang sentimen yang boleh menyebabkan berat sebelah atau prejudis dalam penilaian baik atau buruk. 5) Mencari jawapan dan penyelesaian dengan menggunakan kaedah hukum adat, semulajadi atau kebiasaan dan fakta sejarah. 6) Mencari punca sebenar permasalahan dan menyelesaikan terlebih dahulu punca permasalahan yang boleh menambahkan masalah lain.

Penyelesaian secara umum Dalam menyelesaikan konflik dan masalah, kita mempunyai pelbagai cara penyelesaian. Berikut adalah tips berfikir secara kreatif dan bijak yang dapat membantu mencari idea yang terbaik dan seterusnya dapat menyelesaikan segala masalah atau konflik. 1) Mendapat dan mengumpulkan nasihat, pendapat atau pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman mengenai masalah tersebut. Selepas itu, buat pilihan dan kesimpulan yang terbaik. 2) Mengumpulkan semua maklumat dan pendapat dari orang-orang tertentu yang mempunyai kaitan dengan masalah tersebut. Selepas itu, buat analisis mengenai semua data dan kesimpulan serta pilihan. 3) Memecahkan paradigma lama dalam pemikiran yang menyebabkan kita gagal untuk berfikir...
tracking img