Mlm Scam Harus Diharamkan Dan Tindakan Perlu Daripada Pihak Polis & Kpdnkk

Only available on StudyMode
  • Pages : 6 (2223 words )
  • Download(s) : 258
  • Published : February 28, 2011
Open Document
Text Preview
Subject: MLM SCAM HARUS DIHARAMKAN DAN TINDAKAN PERLU DARIPADA PIHAK POLIS & KPDNKK Salam semua. 3 minggu lepas aku tidak mengetahui apa-apa pengetahuan tentang One Team sehinggalah aku dijemput oleh kawan kepada isteriku untuk mendengar satu peluang bisnes sekaligus boleh menambahkan pendapatan keluarga. Pada mulanya aku menolak sebab biasanya pada hari sabtu atau ahad, aku dan isteri ada membuat kerja part time tetapi kawan isteri ku sanggup untuk membayar masa kami pada hari ahad tersebut. so aku apa lagi..ok je la....maka bermulalah pengalaman aku dengan one team.  1. Aku hanya mengetahui nama One Team di dalam kereta dan pengetahuan aku adalah zero dan destinasi kami adalah Sunway. Bila sampai aku disambut oleh seorang lelaki yang lengkap bersuit. Pada mulanya aku ingatkan seoarng penyambut tetamu hotel tetapi adalah salah seorang challenge MQ. 2.Kami dibawa ke luar dewan untuk registration (registration telah dibuat). Luar dewan penuh sesak dengan manusia. Hampir kebanyakan mempunyai rambut ala beckam, belt LV, kemeja yang sangat cantik dan memang nampak elegan. Maybe 95% melayu, 4% cina dan selebihnya kaum lain. diberitahu hampir 2000 tetamu datang. Challenge MQ menceritakan serba sedikit tentang One Team yang mempunyai family club, friends club, star club..dan juga 8282. 3. Bila masuk ke dalam dewan dalam jam 10 lebih..muzik dipasang dengan kuat. Ramai peserta mula menari-nari di tepi stage dan juga atas meja. kebanyakan org nampak senang hati dan happy. Aku dan isteri agak terpingga-pinga. 4. Presenter pertama adalah Duke Yazid. Beliau menceritakan pengalaman kerja di MBSA. kerja makan gaji. kerja untuk bos. jumpa peluang utk kaya n join one team. baru balik dari umrah. Presenter kedua dalah MQ Pompuan (ex-PA dari jabatan kerajaan), menceritakan pengalaman sebagai PA. tak cukup duit untuk beli walaupun myvy, sering bagi duit kat mak bapak dan sering juga mintak balik. Presenter ketiga MQ (ex-MPP dari UiTM) menceritakan pengalaman beliau sudah mendapat pendapatan 5 angka, mampu membaiki rumah mak bapak dan sebagainya. Ada juga presenter yang cakap sekejap seperti MQ adik duke yazid, MQ yang keje akauntan dekat some of tobacco company dan yang paling akhir adalah duke cina (budak lagi) yang pukul gendang.n cakap berapi2..ayat dia selalu guna..siaaauuuu. Lupa nak bagi tahu program ini dinamakan NDO (New Distribution Orientation) 5. Sepanjang aku mengikuti NDO, tidak ada satu pun presenter menyatakan nama company iaitu natstar sdn. bhd. Tidak ada satu pun ayat menyatakan MLM. Tetapi sering kali menyebut rangkaian permasaran a.k.a network marketing. Tidak dinyatakan walaupun satu plan perniagaan, tidak dinyatakan apa yang perlu dibuat oleh pengedar, tidak dinyatakan berapa modal yang digunakan. 6. So apa yang diberitahu dalam NDO. syarikat kita adalah kukuh, kalau tidak macam mana kita boleh kuarkan 60 sport car, zaman ini adalah zaman network marketing. kebanyakkan orang tidak faham network marketing, apa sumbangan kepada ibu bapa yang melahirkan kita, apakah kita membalas jasa mereka, tidakkah kita mahu memberi kemewahan kepada mereka sebelum mereka menutup mata. kenapa mahu kerja makan gaji sedangkan donald trump dan robert t.kiyokasi juga mengesyorkan network marketing. Kerja makan gaji sampai hari kiamat pun tak kaya. 9/10 dari rezeki adalah daripada perniagaan dan sebagainya. 7. Saya akui NDO boleh menginsafkan saya untuk memberi kesenangan kepada ibu bapa dan tanggungjawab saya kepada mereka. Dan sebelah hati saya mengiyakan bahawa perniagaan ini adalah benar. 8. Selepas NDO iaitu jam 7.30, mereka mula berkumpul di luar membentuk kumpulan kecil dan ada seorang watak akan bercakap berapi-api dan orang dibawah akan melaungkan kata-kata semangat. Sangat riuh dan aku mula bosan. Kawan isteri mengajak untuk berkumpul di cafe mereka di sunway untuk mendengar plan perniagaan. Aku menolak dan mencadangkan hari lain dan tempat sekitar tempat tinggal aku. Dalam kereta semasa pulang, isteri ku menyakinkan aku untuk...
tracking img